Kempen Pemberian Tiket Percuma LA Holidays

Kempen Pemberian Tiket Percuma LA Holidays

Bulan Ramadhan adalah lebih dari sekadar berpuasa, ia merupakan bulan untuk meraikan dan mengamalkan amalan berkongsi dan memberi. Untuk meraikan amalan memberi di Bulan Ramadhan ini, kami ingin menghadiahkan kepada peminat halaman Facebook LA Holidays dan BusOnlineTicket.com dengan memberikan pemberian sebanyak 90 tiket bas dari Kuala Lumpur ke Kuantan secara percuma. Sertailah Kempen Pemberian Tiket Percuma LA Holidays dan rebutlah peluang untuk memenangi tiket bas LA Holidays. Jumlah kesemua hadiah-hadiah yang kami tawarkan adalah bernilai sehingga RM 2,160.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENANG:

Layari halaman Facebook BusOnlineTicket.com

Langkah 1: Tekan Suka & ikuti halaman Facebook BusOnlineTicket.com
Langkah 2: Kongsikan post ini dengan keterangan berikut dan tag rakan anda & BusOnlineTicket.com (Penyertaan yang tidak ditetapkan sebagai “Awam” dianggap tidak sah)
“Hey [Tag rakan], @BusOnlineTicket.com sedang membuat pemberian tiket percuma dari Kuala Lumpur ke Kuantan, marilah sertai pertandingan ini dan bercuti dengan #LAHolidays.”
Langkah 3: Tangkap gambar post yang telah anda kongsikan di dinding Facebook anda dan post di Ruangan Komen Facebook kami dengan waktu perlepasan yang anda inginkan.

TEMPOH KEMPEN: 24/5/2018 hingga 31/5/2018

Sila ambil perhatian bahawa tiket-tiket percuma LA Holidays adalah untuk bas dari Kuala Lumpur ke Kuantan pada 7 Jun 2018, yang bertolak pada 5.00 pm, 6.30 pm dan 8.00 pm sahaja. Setiap perjalanan adalah terhad kepada 30 tempat duduk percuma sahaja dan setiap pemenang hanya layak untuk mendapat satu tiket bas percuma.

Jangan lepaskan peluang ini! Kongsikan post ini kepada keluarga dan rakan-rakan dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah ini bersama-sama. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Terma dan Syarat:

  • Pemenang yang dipilih mestilah melakukan beberapa langkah untuk menebus tiket percuma dan menghantar maklumat peribadi anda kepada emel marketing@busonlineticket.com.
  • Pemenang yang dipilih akan menerima mesej di bawah Ruangan Komen di Facebook untuk mengesahkan tiket percuma tersebut.
  • Tiket percuma tersebut tidak boleh ditukar dan/atau dipindahkan kepada wang.
  • Pemenang yang dipilih dibenarkan untuk mengambil bas dari Kuala Lumpur ke Kuantan pada 7 Jun 2018 dengan perjalanan yang terpilih sahaja, tertakluk kepada ketersediaan.
  • Cas-cas lain termasuk insuran perjalanan (tidak terhad), perbelanjaan peribadi atau permintaan penginapan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang.
  • BusOnlineTicket.com berhak untuk mengubah, memadam atau menambah mana-mana terma dan syarat ini atau menggantikan hadiah dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis.
  • Dengan menyertai pertandingan ini, peserta-peserta telah menerima dan bersetuju kepada terma & syarat yang ditetapkan. Keputusan yang ditetapkan oleh BusOnlineTicket.com berhubung dengan pemberian ini, adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada, jenis hadiah adalah muktamad dan konklusif.
  • Aduan, rayuan, pertanyaan atau surat-menyurat dari mana-mana peserta tidak akan dilayan.
  • BusOnlineTicket.com mempunyai keputusan muktamad berhubung semua perkara mengenai pemberian ini, termasuk menentukan kelayakan peserta tanpa pemberitahuan selanjutnya.