Bagaimana untuk Membatalkan Tempahan dan Dapatkan Pembayaran Balik?
Pembatalan tempahan untuk tempahan anda hanya boleh dilakukan melalui Panel Ahli. Sila pastikan anda sudah mengaktifkan akaun keahlian anda melalui e-mel sebelum ini. Jika akaun anda masih belum diaktifkan, sila semak e-mel anda dan aktifkan akaun anda atau hubungi kami melalui e-mel sales@busonlineticket.com supaya kami dapat menghantar semula e-mel pengaktifan akaun kepada anda.
Semasa membuat tempahan, sila pastikan perjalanan bas tersebut mempunyai ikon “Refundable” (Boleh Dibayar Balik) di Halaman Tempahan untuk mengenal pasti perjalanan bas yang boleh dibatalkan. Anda juga boleh semak Polisi Pembayaran Balik di dalam “Nota”
Log masuk ke Akaun Ahli BusOnlineTicket.com. Pilih perjalanan yang boleh dibatalkan dengan mengklik “Manage” (Urus) untuk melihat maklumat perjalanan bas tersebut.
Jika perjalanan bas tersebut boleh dibatalkan, anda akan melihat pilihan “Cancel Booking” (Batalkan Tempahan). Pilih “Cancel Booking” jika anda mahu membatalkan tempahan tersebut.
Setiap pengusaha bas mempunyai Polisi Pembatalan dan Pembayaran Balik yang berbeza. Baca polisi dengan teliti sebelum klik butang “Confirm” (Sahkan) untuk membatalkan tempahan anda.
Nota: Setelah tempahan dibatalkan, maklumat tempahan yang telah dibatalkan akan dikeluarkan dari akaun anda dan pembatalan yang telah disahkan tidak boleh diubah.
Anda akan menerima e-mel berkenaan dengan pembatalan tempahan anda dalam tempoh 24 jam.
Nota: Semua pembayaran balik akan dibuat melalui kaedah pembayaran yang tertera di dalam e-mel pengesahan pembayaran balik dalam tempoh 14 hari bekerja.