Bagaimanakah Cara Untuk Membayar Melalui SingPost?
![](https://cdn.busonlineticket.com/images/2022/04/singpost_step_1.jpg)
![](https://cdn.busonlineticket.com/images/2022/01/singpost_icon_step1.jpg)
Seperti biasa, teliti proses tempahan seperti yang diterangkan di dalam halaman Cara Membuat Tempahan.
![](https://cdn.busonlineticket.com/images/2022/01/SingPost-2.jpg)
![](https://cdn.busonlineticket.com/images/2022/01/singpost_icon_step2.jpg)
Setelah anda memilih tempat duduk, anda dikehendaki untuk memilih jenis pembayaran anda. Sila pilih SingPost seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.
![](https://cdn.busonlineticket.com/images/2022/01/singpost-3.jpg)
![](https://cdn.busonlineticket.com/images/2022/01/singpost_icon_step3.jpg)
Cetak Baucar Pembayaran
Selepas anda memilih pilihan bayaran SingPost dan klik butang “Teruskan Untuk Pembayaran”, baucar akan dijana seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Sila cetak baucar bersama dengan kod bar.
– Anda perlu mencetak baucar pembayaran jika anda membayar di cawangan- cawangan SingPost. Bagi bayaran di Mesin SAM anda perlu mengingati nombor rujukan tempahan.
– Anda perlu membuat bayaran dalam masa 24 jam. Tempat duduk disimpan untuk 24 jam sahaja.
![](https://cdn.busonlineticket.com/images/2022/01/singpost_step_4.jpg)
![](https://cdn.busonlineticket.com/images/2022/01/singpost_icon_step4.jpg)
Pembayaran di mana-mana Kedai SingPost atau Mesin SAM
Sebaik sahaja anda mencetak baucar pembayaran, anda boleh pergi ke mana-mana kedai SingPost atau Mesin SAM untuk membayar pembelian tiket bas anda di BusOnlineTicket.com.
a) Bagi Pembayaran di SingPost
Hanya bawa baucar pembelian dan pergi ke mana-mana kedai SingPost untuk membuat pembayaran (Tunai / NETS diterima). Resit SingPost akan diberikan dan e-mel pengesahan akan dihantar kepada alamat e-mel anda.
b) Bagi Pembayaran di Mesin SAM
Hanya bawa baucar pembayaran (atau nombor rujukan) ke mana-mana Mesin SAM diserata pulau, Pilih “Bayar Bil” -> “Perjalanan” -> “BusOnline” dan masukkan nombor rujukan tempahan anda untuk membuat pembayaran (NETS diterima). Resit SingPost akan dijana dan e-mel pengesahan akan dihantar kepada alamat e-mel anda.