Tawaran Istimewa Grassland Express: Pemberian Baucar Makanan RM5

Tawaran Baucar Makanan RM5 Grassland Express

Tawaran Istimewa Grassland Express: Pemberian Baucar Makanan RM5

Kami percaya bahawa menikmati makanan yang sedap semasa perjalanan pasti akan membuat perjalanan lebih mengembirakan. Oleh itu, BusOnlineTicket.com ingin berkongsi satu promosi istimewa bagi menghargai para pelanggan yang sentiasa menggunakan perkhidmatan BusOnlineTicket.com sepanjang tahun. Kami ingin memberi baucar makanan Ming Ann Yong Peng RM5 apabila anda menempah tiket bas Grassland Express melalui BusOnlineTicket.com antara 1 Julai 2018 sehingga 31 Ogos 2018 dari Singapura ke Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang.

Grassland Express merupakan salah satu pengusaha bas yang terbesar dan paling popular di Singapura. Grassland Express menyediakan perkhidmatan bas komprehensif yang bertolak dari Singapura ke pelbagai destinasi di Semenanjung Malaysia. Grassland Express menawarkan perjalanan setiap hari dengan kelengkapan penghawa dingin, kerusi boleh laras dan ruang kaki yang luas bagi memastikan keselesaan pelanggan mereka.

Baucar makanan RM5 ditawarkan hanya kepada pelanggan yang pergi ke Singapura ke Kuala Lumpur, Singapura ke Ipoh dan Singapura ke Pulau Pinang antara 1 Julai 2018 sehingga 31 Ogos 2018 sahaja. Pelanggan boleh mengambil baucar makanan Ming Ann Yong Peng RM5 apabila mereka tiba di kaunter Grassland Express di Golden Mile atau Boon Lay. Sila ambil perhatian bahawa para pelanggan boleh menggunakan baucar makanan Ming Ann Yong Peng RM5 mereka pada bila-bila masa kecuali Jumaat dan musim percutian.

Jangan lepaskan peluang ini! Kini tiba masanya untuk anda menempah tiket bas Grassland Express anda melalui portal tiket online BusOnlineTicket.com yang diyakini, cepat dan selamat. Ikutilah kami di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan berita-berita dan promosi-promosi dari BusOnlineTicket.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Terma dan Syarat:

  • Baucar makanan hanya sah untuk pelanggan bagi perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang antara 1/7/2018 sehingga 31/8/2018 sahaja.
  • Baucar makanan hanya untuk pelanggan yang menempah tiket bas Grassland Express dari Singapura ke Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang di BusOnlineTicket.com sahaja.
  • Baucar makanan tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan jumlah yang tidak digunakan tidak boleh dikembalikan.
  • Baucar makanan tidak boleh digunakan bersama dengan sebarang diskaun atau e-baucer lain.
  • Pihak pengurusan BusOnlineTicket.com berhak untuk mengubah terma dan syarat promosi tanpa notis terlebih dahulu.