Pilih tempat bertolak dan destinasi anda seperti biasa.
Tips: Tidak semua perjalanan mempunyai pilihan untuk mendapatkan Kod QR secara online. Cari trip yang mempunyai ikon Kod QR.
Isikan butiran anda. Tandakan pada kotak pilihan untuk mendapatkan Kod QR.
Anda akan melihat cas bayaran untuk Kod QR dalam Ringkasan Pembayaran.
* Sila maklum bahawa bayaran tersebut dikutip sepenuhnya bagi pihak terminal untuk menaiki bas.
Kami akan menghantar Pengesahan Tempahan dengan Kod QR dalam PDF ke e-mel yang anda gunakan untuk membuat tempahan anda. Muat turun PDF.
Pergi ke terminal dan imbas kod QR untuk memasuki Balai Berlepas di terminal.