Soalan Lazim

1Umum
A

BusOnlineTicket.com menawarkan fleksibiliti untuk pendaftaran pengguna. Anda tidak perlu mendaftar untuk membeli tiket online. Namun, sekiranya anda kerap membeli tiket, anda digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli BusOnlineTicket untuk menikmati pelbagai ganjaran ahli BusOnlineTicket.com seperti mata ganjaran BOT Miles dsb.


A

Ya. Anda wajib mencetak pengesahan tempahan yang kami hantar ke e-mel anda. Untuk sesetengah syarikat bas, mencetak pengesahan tempahan elektronik adalah tidak diwajibkan selagi mana anda boleh memberikan nombor rujukan tempahan (BOT No.). Sila rujuk nota semasa tempahan dan nota di dalam e-mel pengesahan tempahan. Anda juga perlu menunjukkan IC anda atau nombor rujukan tempahan untuk mendapatkan pas masuk.

Untuk Tren KTMB, sila pastikan anda mempunyai tiket dari KTMB yang kami hanter ke alamat e-mel anda.

Sila maklum bahawa resit pembayaran TIDAK BOLEH digunakan untuk menaiki bas / tren / feri. Sila dapatkan Pengesahan Tempahan melalui e-mel yang anda gunakan untuk membuat tempahan.


A

Anda boleh menghantar e-mail sales@busonlineticket.com kepada kami dan pasukan khidmat pelanggan kami akan menghantar semula pengesahan tempahan elektronik anda melalui e-mel dalam masa 24 jam.

Alternatifnya, anda boleh mendapatkan e-mel Pengesahan Tempahan anda di Akuan Saya atau melalui halaman Periksa Tempahan Saya (https://my.busonlineticket.com/booking/check-booking.aspx). Anda hanya perlu memasukkan Nombor Rujukan BOT dan e-mel/ Nombor Telefon yang digunakan untuk membuat tempahan anda.

Untuk beberapa syarikat bas SAHAJA, jika anda adalah orang yang membeli tiket, anda hanya perlu menunjukkan nombor pasport berdaftar / telefon / kad pengenalan anda kepada staf di kaunter. Staf di kaunter akan mengeluarkan tiket kepada anda.

Untuk Tren KTMB, sila pastikan anda mempunyai tiket dari KTMB yang kami hanter ke alamat e-mel anda.


A

Sila rujuk pautan ini https://my.busonlineticket.com/bus-operators.


A

Biasanya syarikat bas ekspres akan membuka jadual mereka SATU (1) bulan lebih awal.


A

Beberapa pengusaha bas menawarkan harga tiket kanak-kanak dan anda boleh menyemak ketersediaannya di halaman tempahan kami. Sila pilih bilangan tiket kanak-kanak yang anda ingin tempah di halaman pembayaran.


A

  • Bus – Kanak-kanak dibawah 2 tahun tidak memerlukan tiket. Bagaimanapun, adalah dinasihatkan untuk membeli tiket untuk kanak-kanak tersebut untuk keselamatan.
  • Tren – Kanak-kanak dibawah 4 tahun tidak memerlukan tiket. Bagaimanapun, adalah dinasihatkan untuk membeli tiket untuk kanak-kanak tersebut untuk keselamatan.
  • Feri – Pembelian tiket untuk semua penumpang adalah diperlukan.

A

Anda perlu log masuk ke akaun anda dengan alamat e-mel anda. Anda boleh menebus BOT Miles semasa proses tempahan di halaman pembayaran. Layari pautan ini https://my.busonlineticket.com/bot-miles-redemption-guide untuk ketahui lebih lanjut.


A

Bonus pulangan tunai yang diperoleh melalui promosi akan dikreditkan ke Dompet BOT anda. Anda boleh menyemak baki BOT Wallet dan sejarah pulangan tunai melalui Akaun Saya BusOnlineTicket anda.

Pulangan tunai yang dikreditkan ke BOT Wallet tertakluk kepada Terma & Syarat Wallet BOT:

  • “Cashback” yang diperoleh melalui promosi, kecuali dinyatakan sebaliknya, hanya akan aktif dan dikreditkan ke BOT Wallet dalam tempoh 24 jam selepas tarikh keberangkatan.
  • “Cashback” yang dikreditkan ke BOT Wallet Pengguna masing-masing melalui promosi tidak boleh dipindah milik atau ditukar kepada bentuk lain.
  • Kecuali dinyatakan sebaliknya, faedah “Cashback” hanya sah pada jumlah harga tiket sahaja (tidak termasuk semua cukai dan caj yang berlaku) untuk tempahan tiket bas, tren dan feri yang dibuat di Laman Web atau Aplikasi dan hanya boleh ditebus sehingga 10% dari harga tambang asas untuk tempahan tiket yang dibuat di Laman Web atau Aplikasi.
  • Penebusan “cashback” tidak boleh digunakan bersama dengan ganjaran, diskaun, e-baucar atau pulangan tunai lain dari pihak lain.
  • “Cashback” mempunyai tempoh sah/aktif sehingga 6 bulan dari hari ia dikreditkan ke BOT Wallet ahli, yang mana selepas dari itu “Cashback” tersebut akan hilang dan faedahnya tidak akan sah untuk Pengguna.
  • “Cashback” setelah digunakan dan sekiranya berlaku pembatalan tempahan yang berkait dengan “cashback” sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya tidak akan dikreditkan kembali ke BOT Wallet Pengguna.
  • Pengguna bersetuju bahawa penggunaan Cashback tertakluk pada terma dan syarat penawaran promosi tertentu, seperti yang dimaklum oleh BusOnlineTicket dari semasa ke semasa.
  • Syarat-syarat yang berkaitan dengan penggunaan dan penerapan “Cashback” adalah tertakluk kepada perubahan mengikut budi bicara BusOnlineTicket tanpa komunikasi atau pemberitahuan kepada Pengguna.


A

Ganjaran LinkPoints hanya akan diberikan atas tempahan anda setelah anda memautkan akaun BOT dengan akaun NTUC Plus anda.


A

Ya, anda boleh menghubungi hotline khidmat pelanggan kami dan kami akan membantu anda membuat tempahan melalui panggilan telefon. Kaedah pembayaran untuk tempahan telefon termasuk pemindahan wang secara online, pemindahan wang antara bank atau deposit tunai ke akaun kami. Kemudian, sila e-mel semula resit pembayaran kepada kami. Walau bagaimanapun, anda hanya boleh membuat tempahan untuk perjalanan yang waktu perlepasannya sekurang-kurangnya dua hari selepas hari tempahan dibuat.

A

Sila periksa junk mail anda untuk pengesahan tempahan / resit elektronik. Sekiranya tiada resit elektronik diterima, sila hantar e-mail sales@busonlineticket.com kepada kami, pasukan khidmat pelanggan kami akan bertindak balas dalam tempoh 24 jam selepas menerima e-mel anda.

Anda juga boleh memeriksa status tempahan anda di Akaun Saya atau melawat halaman Periksa Tempahan Saya (https://my.busonlineticket.com/booking/check-booking.aspx) untuk memeriksa status tempahan anda.


A

Ia bergantung pada kaedah pembayaran yang anda pilih. Biasanya, anda akan mendapat pengesahan tempahan serta-merta. Namun, kadang-kadang pembayaran anda ditangguhkan oleh syarikat bank / kad kredit dan ini mungkin mengambil masa sehingga 24 jam untuk pembayaran disahkan. Sekiranya anda masih tidak menerima e-mel pengesahan tempahan pada masa itu, sila hubungi talian hotline khidmat pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan.

Alternatifnya, anda boleh mendapatkan Pengesahan Tempahan anda di Akuan Saya atau melalui halaman Periksa Tempahan Saya (https://my.busonlineticket.com/booking/check-booking.aspx). Anda hanya perlu memasukkan Nombor Rujukan BOT dan e-mel/ Nombor Telefon yang digunakan untuk membuat tempahan anda.


A

Ya, anda boleh masuk ke Akaun Saya anda dan periksa sejarah tempahan anda di bawah “Sejarah Tempahan” di halaman ahli. Jika anda tidak mempunyai Akaun Saya BusOnlineTicket.com, anda boleh melawat halaman Periksa Tempahan Saya (https://my.busonlineticket.com/booking/check-booking.aspx).


A

Anda boleh semak status tempahan anda di halaman Periksa Tempahan Saya (https://my.busonlineticket.com/booking/check-booking.aspx) atau log masuk ke Akaun Saya anda dan periksa sejarah tempahan anda di ruang “Sejarah Tempahan” di halaman ahli.


A

  • Bas – Ya, anda hanya perlu mencetak pengesahan tempahan elektronik dan kawan anda boleh mengambil tiket di kaunter dengan pengesahan tempahan elektronik tersebut.
  • Feri / Tren / Lawatan – Tiada perubahan dibenarkan setelah tempahan berjaya dibuat.


A

Polisi Penjadualan Semula (https://my.busonlineticket.com/reschedule-policy) mungkin berbeza bagi setiap pengusaha bas. Jika dibolehkan, anda boleh menjadual semula perjalanan bas anda melalui Panel Ahli BusOnlineTicket.com. Hanya log masuk ke Akaun Saya anda dan Urus Tempahan anda. Anda akan melihat pilihan untuk Jadual Semula tempahan jika tempahan boleh dibatalkan.


A

Polisi Pembatalan dan Bayaran Balik (https://my.busonlineticket.com/refund-policy) mungkin berbeza untuk setiap pengusaha bas. Sekiranya dibenarkan, pembatalan dan permohonan pembayaran balik boleh dilakukan melalui Panel Ahli BusOnlineTicket.com atau melalui Periksa Tempahan Saya (https://my.busonlineticket.com/booking/check-booking.aspx). Hanya perlu log masuk ke Akaun Saya anda dan Urus Tempahan anda. Anda akan melihat pilihan untuk Batal Tempahan jika tempahan boleh dibatalkan.

A

Untuk transaksi dengan Dolar Singapura, kami terima:

  1. Kad Kredit (Visa, MasterCard)
  2. eNETS (DBS, UOB, Perbank Internet OCBC di Singapura)
  3. Alipay
  4. Paypal
  5. eWallets termasuk DBS PayLah! dan GrabPay
  6. Stesen AXS

Untuk transaksi dengan Ringgit Malaysia, kami terima:

  1. Kad Kredit (Visa, MasterCard)
  2. Perbankan Internet termasuk Maybank2U, Alliance, Hong Leong, RHB, CIMB Bank, AM Bank dan banyak lagi
  3. eWallets termasuk TNG eWallet, GrabPay dan Boost
  4. Alipay
  5. Paypal

A

Sila melawat halaman https://my.busonlineticket.com/paypal-guide ini untuk melihat bagaimana anda boleh membuat pembayaran melalui Paypal menggunakan kad kredit anda.


A

Sila periksa junk mail anda untuk pengesahan tempahan / resit elektronik. Sekiranya tiada resit elektronik diterima, sila hantar e-mail sales@busonlineticket.com kepada kami, pasukan khidmat pelanggan kami akan bertindak balas dalam tempoh 24 jam selepas menerima e-mel anda.

Anda juga boleh memeriksa status tempahan anda di Akaun Saya atau melawat halaman Periksa Tempahan Saya (https://my.busonlineticket.com/booking/check-booking.aspx) untuk memeriksa status tempahan anda.


A

Ia bergantung pada kaedah pembayaran yang anda pilih. Biasanya, anda akan mendapat pengesahan tempahan serta-merta. Namun, kadang-kadang pembayaran anda ditangguhkan oleh syarikat bank / kad kredit dan ini mungkin mengambil masa sehingga 24 jam untuk pembayaran disahkan. Sekiranya anda masih tidak menerima e-mel pengesahan tempahan pada masa itu, sila hubungi talian hotline khidmat pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan.

Alternatifnya, anda boleh mendapatkan e-mel Pengesahan Tempahan anda di Akuan Saya atau melalui halaman Periksa Tempahan Saya (https://my.busonlineticket.com/booking/check-booking.aspx). Anda hanya perlu memasukkan Nombor Rujukan BOT dan e-mel/ Nombor Telefon yang digunakan untuk membuat tempahan anda.


A

Tidak. Penumpang boleh menggunakan mana-mana kad untuk membayar tiket, tidak semestinya miliknya. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa penumpang yang namanya diisikan dalam ruang maklumat penumpang bagi tempahan tiket itu harus membawa bukti identitinya (bersama-sama dengan tiket) pada saat menaiki bas dan pemegang kad dianggap bersetuju untuk membayar tempahan untuk penumpang ini.


A

Sila hantarkan e-mel sales@busonlineticket.com kepada kami untuk mengetengahkan isu ini dengan segera, kami akan memeriksa dan bertindak balas dalam tempoh 24 jam.


A

Bayaran balik, jika dibolehkan, kami akan bayar balik melalui kaedah pembayaran yang anda gunakan untuk membuat tempahan atau dalam bentuk Baucer Bayaran Balik (Refund Voucher). Jumlah bayaran balik akan diserahkan kepada bank kami. Dari tarikh penyerahan / bayaran balik, bank-bank selalunya mengambil masa 2 hingga 4 minggu untuk proses pembayaran bayaran balik dan pemindahan wang ke dalam kad kredit pelanggan atau Paypal. Sila maklum, sesetengah bank boleh mengambil masa sehingga 15-30 hari, atau sehingga kitaran pengebilan berikutnya.

Untuk Baucar Bayaran Balik, anda akan menerima kod melalui e-mel dan anda boleh terus menggunakannya untuk membuat tempahan lain di BusOnlineTicket.com.

A

Paparan terbaik untuk BusOnlineTicket.com adalah menggunakan Internet Explorer 9.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768 atau lebih.


A

Ya. Terdapat portal mudah alih untuk anda melakukan tempahan. Hanya layari portal kami https://my.busonlineticket.com dari telefon pintar anda, dan ia akan menghantar anda kepada portal mudah alih. Alternatifnya, anda boleh memuat turun aplikasi BusOnlineTicket.com jika anda menggunakan Apple atau Android.

A

Perjalanan mengambil masa kira-kira 5 hingga 6 jam bergantung kepada keadaan trafik, sama juga untuk perjalanan dari KL ke Singapura. Anda boleh melihat tempoh perjalanan bagi laluan lain di sini https://my.busonlineticket.com/trip-duration.


A

Stesen MRT Lavendar dan stesen MRT Nicoll Highway (Circle Line, Yellow Line).


A

Ya, anda perlu daftar masuk sekurang-kurangnya 45 minit lebih awal sebelum waktu perlepasan. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mendaftar masuk 1 jam lebih awal semasa musim perayaan dan cuti sekolah kerana kemungkinan akan ada lebih ramai penumpang pada waktu ini.


A

Bagi kebanyakan bas, setiap penumpang hanya dibenarkan membawa bagasi dengan maksimum berat 15kg. BusOnlineTicket.com tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda tidak dibenarkan masuk ke dalam bas sekiranya bagasi anda melebihi 15kg. Sila periksa dengan syarikat bas jika anda perlu membawa lebih daripada 15kg bagasi.


A

Bas ekspres selalunya akan berhenti sekurang-kurangnya 10 minit untuk waktu rehat ke tandas untuk perjalanan jarak jauh. Jika terdapat sebarang urusan penting, sila maklumkan kepada pemandu bas.


A

Tidak. Haiwan peliharaan tidak dibenarkan untuk menaiki bas, tren dan feri walaupun mereka berada di dalam kapal pengangkut, peti atau sangkar.


A

Ya, anda boleh membawa kerusi kereta bayi ke dalam bas. Bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa bukan semua bas memasang tali pinggang keledar untuk memberikan perlindungan kepada kereta bayi anda. Bagi kereta sorong bayi, anda boleh membawa kereta sorong bayi yang boleh dilipat dan disimpan dalam ruang bagasi bas.


A

Warga Singapura, Thailand dan Malaysia tidak memerlukan visa. Bagaimanapun, visa adalah diperlukan kepada kebanyakan warga negara lain. Ini adalah sangat penting untuk menyemak sama ada visa diperlukan untuk melawat Malaysia dari negara anda kerana anda akan ditolak masuk ke Malaysia tanpa visa dan kami tidak bertanggungjawab atas akibat ini. Permohonan visa segera di pautan ke-2 adalah tidak digalakkan kerana prosedur ini akan mengambil masa lebih daripada 30 minit dan pihak bas tidak akan menunggu lebih daripada 30 minit. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web berikut:

Kementerian Luar Negeri Malaysia
a) Untuk melawat ke Malaysia, sila layari http://www.kln.gov.my/web/guest/requirement-for-foreigner.

b) Untuk melawat ke Singapura, sila layari http://www.mfa.gov.sg/content/mfa/consular_information/foreigners_visiting_singapore.html.

Alamat : Ministry of Foreign Affairs, Tanglin, Singapore 248163
E-mel : mfa@mfa.gov.sg
Tel : (65) 6379 8000
Fax : (65) 6474 7885
Panggilan MFA : 1-800- 476 8870
(Panggilan adalah percuma kepada panggilan yang dibuat dari Singapura)

Nota: Maklumat di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.