Keretapi ETS ke Padang Besar

ETS Train to Padang Besar

Keretapi ETS ke Padang Besar

Keretapi ETS ke Padang Besar adalah salah satu laluan keretapi ETS popular di Malaysia kerana Padang Besar adalah laluan masuk ke sempadan Thailand. Selain masyarakat tempatan, pelancong yang ingin ke Thailand selepas melawat Malaysia juga disarankan untuk menggunakan perkhidmatan keretapi ETS.

Keadaan keretapi ETS sentiasa dipantau baik oleh pekerja. Kemudahan dan keselamatan disediakan bagi memastikan keselesaan penumpang sepanjang perjalanan.


ETS Gold dan ETS Platinum

Jika anda pergi ke Padang Besar menggunakan perkhidmatan keretapi ETS, anda perlu mengikut laluan Gemas ke Padang Besar. Untuk laluan ini, terdapat dua jenis keretapi ETS ke Padang Besar:

  • ETS Gold – lebih banyak berhenti berbanding ETS Platinum
  • ETS Platinum – paling kurang berhenti, mengambil masa yang singkat. Snek percuma diberikan semasa perjalanan.
Portal Tempahan Tiket Online yang Dipercayai
BusOnlineTicket.com menawarkan portal tempahan tiket online untuk pengangkutan awam di Malaysia dan Singapura. Semak jadual dan tempah tempat duduk anda secepatnya sebelum memulakan perjalanan anda. Tempah Tiket Bas Online »

Stesen Keretapi KTM Padang Besar

Terdapat dua stesen keretapi di Padang Besar. Salah satunya terletak di Malaysia sebelum masuk ke sempadan; yang lain terletak di Thailand berjarak 6km dari stesen lagi satunya.

• Proses Kastam dan Imigresen

Stesen Keretapi KTM Padang Besar terletak di Perlis, berdekatan dengan sempadan antara Malaysia dan Thailand. Jika anda bercadang untuk ke Thailand selepas keretapi ETS itu berhenti di Padang Besar. and boleh meneruskan proses kastam dan imigresen dalam Stesen Keretapi Padang Besar. Anda hanya perlu mengikut papan tanda bagi mendapatkan stem untuk pasport anda.

Kemudahan lain di Stesen Keretapi KTM Padang Besar adalah termasuk tandas, restoran dan penukaran wang.


Kemudahan Keretapi ETS

Keretapi ETS selesa dan sangat sesuai untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Penumpang boleh mencari bar F&B di koc C untuk mendapatkan makanan dan minuman dengan harga berpatutan.

Tandas ada di koc B & E. Tandas orang kurang upaya ada di koc D.

Muslim boleh menunaikan solat di ruangan solat di koc C sebelah kanan bar F&B.