Keretapi ETS & KTM ke JB

Keretapi ETS ke JB

Keretapi ETS ke JB

Terletak di Selatan Malaysia, Johor Bahru dikenali sebagai JB, iaitu ibu negeri di Johor. Oleh itu, ramai orang dari negeri lain pergi ke Johor Bahru.

Keretapi ETS ke Johor Bahru adalah popular kerana jaraknya yang dekat ke Singapura. Keretapi KTM Shuttle ke Singapura kebiasaannya bertolak dari JB Sentral. Tiada keretapi yang terus dari Malaysia ke Singapura jadi sesiapa yang ingin pergi ke Singapura menaiki keretapi perlulah mengambil keretapi ke JB terlebih dahulu.

Sila ambil perhatian perkhidmatan keretapi ETS tidak sampai terus ke JB. Ia akan turun di Gemas, Negeri Sembilan. Oleh itu, jika anda dari bahagian utara di Malaysia, anda perlu mengambil keretapi ETS ke Gemas dan tukar kepada keretapi KTM Antarabandar ke JB.


ETS Gold, ETS Platinum & Pekhidmatan Keretapi KTM Antarabandar

Terdapat dua jenis keretapi ETS ke Gemas sebelum anda mengambil keretapi KTM antara bandar ke JB:

  • ETS Gold – lebih banyak berhenti berbanding ETS Platinum, mengambil masa yang lebih lama berbanding ETS Platinum.
  • ETS Platinum – paling kurang perhentian, snek disediakan untuk penumpang.

Sementara itu, terdapat dua jenis keretapi KTM antarabandar dari Gemas ke JB:

  • Keretapi Shuttle – perjalanan jarak dekat dan banyak perhentian
  • Ekspres Rakyat Timuran – perjalanan jarak jauh dan hanya berhenti di pekan dan bandar besar
Portal Tempahan Tiket Online yang Dipercayai
BusOnlineTicket.com menawarkan portal tempahan tiket online untuk pengangkutan awam di Malaysia dan Singapura. Semak jadual dan tempah tempat duduk anda secepatnya sebelum memulakan perjalanan anda. Tempah Tiket Bas Online »

Stesen Keretapi di Johor Bahru – JB Sentral

Tempat berhenti terakhir untuk keretapi ke Johor Bahru ialah di JB Sentral. JB Sentral adalah antara pengangkutan penting terutama untuk perkhidmatan keretapi di JB. Ia terletak di bandar Johor Bahru, berhampiran dengan jambatan yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura. Jarak dari JB Sentral dan Terminal Bas Larkin Sentral adalah 30 minit jarak memandu.

JB Sentral juga menyediakan tempat pemeriksaan imigresen dan kastam untuk sesiapa yang ingin ke Singapura. Untuk maklumat lebih lengkap, sila lihat panduan mengambil keretapi KTM Shuttle dari JB Sentral ke Singapura Woodlands CIQ.


Kemudahan Keretapi ETS

Keretapi ini selesa dan sesuai untuk kemudahan warga emas dan OKU.

Penumpang boleh mencari bar F&B untuk mendapatkan makanan dan minuman pada harga berpatutan.

Tandas disediakan di koc B & E. Tandas orang kurang upaya di koc D.

Untuk Muslim, ruang untuk solat adalah di koc C di sebelah kanan bar F&B.


Kemudahan Keretapi KTM Antarabandar

Terdapat dua jenis keretapi KTM Antarabandar; Kelas Superior dan Kelas Superior Night. Kedua-dua jenis keretapi adalah lebih kurang kecuali Kelas Superior Night mempunyai tempat tidur untuk penumpang.

Terdapat tandas di dalam tren dan anda boleh beli makanan dari kantin atau koc bufet.

Untuk Muslim, terdapat ruang untuk solat atau surau di dalam tren.


Tips

Perjalanan ke JB menggunakan keretapi agak merumitkan terutama jika anda jauh dari bahagian utara Malaysia. Ini kerana anda perlu menukar ke perkhidmatan keretapi lain sepanjang perjalanan (seperti ETS ke KTM Antarabandar). Walaubagaimanapun, keretapi ETS menyediakan kemudahan dan lebih keselesaan berbanding dengan bas, oleh itu menaiki keretapi masih lagi menjadi cara popular untuk pergi ke JB.

Sebagai alternatif, anda boleh pergi terus ke JB, atau terus ke Singapura dengan menggunakan bas. Anda boleh lihat tiket bas di BusOnlineTicket.com. Laluan bas popular termasuk bas dari KL ke JB, Ipoh ke JB, Melaka ke JB dan pelbagai lagi. Jadi, rancanglah perjalanan anda dengan lebih bijak dan tempah tiket bas atau keretapi anda online dengan BusOnlineTicket.com!