Keretapi ETS ke Arau
Keretapi ke ArauArau, Bandar Diraja Perlis sangat terkenal sebagai pintu masuk ke Langkawi dan Thailand. Ramai pelancong dan masyarakat tempatan menggunakan keretapi terutama dari Kuala Lumpur ke Arau sebelum pergi ke pulau tersebut melalui Terminal Feri Kuala Perlis. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk ke pulau yang popular itu. Melalui keretapi, anda boleh memilih untuk berhenti di Alor Setar atau Arau mengikut kehendak anda. Seterusnya bergantung kepada tempat keretapi berhenti, anda boleh menaiki feri sama ada di Kuala Kedah atau Kuala Perlis. Mengapa Mengambil Keretapi ETS ke Arau?Dari Arau ke Langkawi adalah lebih mudah berbanding dari Alor Setar. Jika keretapi anda berhenti di Arau, anda perlu ke Terminal Feri Kuala Perlis untuk menaiki feri ke Langkawi. Oleh kerana Terminal Feri Kuala Perlis lebih dekat dengan Langkawi, harga tiket feri adalah lebih murah dan tempoh perjalanan menjadi lebih singkat. Ini adalah sesuai untuk mereka yang mudah mabuk laut ketika menaiki feri. Selain itu, mengambil keretapi ke Arau juga boleh membawa anda ke Koh Lipe, Thailand dari Langkawi. Lihat ringkasan di bawah untuk mendapatkan gambaran jelas tentang cara untuk ke Langkawi melalui keretapi dan feri.
Portal Tempahan Tiket Online yang Dipercayai
BusOnlineTicket.com menawarkan portal tempahan tiket online untuk pengangkutan awam di Malaysia dan Singapura. Semak jadual dan tempah tempat duduk anda secepatnya sebelum memulakan perjalanan anda. Tempah Tiket Bas Online » ETS Gold dan ETS PlatinumTerdapat dua jenis ETS ke Arau:
Ringkasannya, perbezaan kedua-dua ETS ini adalah ETS Platinum lebih kurang perhentian berbanding ETS Gold. Tempoh perjalanan mereka hampir sama. Stesen Keretapi ArauStesen Keretapi Arau terletak di tengah-tengah Arau, berdekatan Masjid Negeri Arau Perlis. Bangunan itu siap dibina pada 2014 dan kemudahannya masih baru. Sebagai Bandar Diraja Perlis, Stesen Keretapi Arau yang baru telah direkabentuk lebih moden dengan seni bina diraja. Dari Arau ke Kuala Perlis, anda perlu mengambil 20-30 minit perjalanan teksi, yang berharga dalam RM 24. Setelah anda berjalan keluar dari Stesen Keretapi Arau, belok ke kanan untuk pergi ke stesen teksi. Perkhidmatan bas tidak kerap di stesen keretapi itu; oleh itu mengambil teksi merupakan cara paling mudah untuk ke Terminal Feri Kuala Perlis. Feri dari Kuala Perlis ke Langkawi beroperasi setiap hari pada 7 am sehingga 7 pm. Walaubagaimanapun, akan ada perubahan jadual bergantung kepada permintaan dan musim. Kemudahan Keretapi ETSKeretapi selesa dan sesuai untuk memudahkan warga emas dan OKU. Penumpang boleh mencari bar F&B di koc C untuk mendapatkan makanan dan minuman pada harga berpatutan. Tandas di koc B & E. |