Keretapi ETS ke Alor Setar

Tren ETS ke Alor Setar

Keretapi ETS ke Alor Setar

Alor Setar adalah antara laluan masuk untuk ke Pulau Langkawi. Untuk pergi ke Langkawi dari Alor Setar, anda boleh mengambil feri di Jeti Kuala Kedah. Kereta api ETS ke Alor Setar adalah saranan tepat untuk mereka yang hendak pergi ke Langkawi.

Keretapi ETS lebih laju dan selesa dibandingkan dengan bas dan murah berbanding penerbangan. Selain itu, lokasi Lapangan Terbang Alor Setar adalah jauh dari pusat bandar dan satu-satunya cara untuk ke Jeti Kuala Kedah ialah dengan menaiki teksi.

Selain pergi ke Langkawi, penduduk tempatan dan pelancong juga boleh mengambil kereta api ETS untuk ke Alor Setar untuk dilawat bandar itu. Sebagai ibu negeri Kedah, Alor Setar mempunyai tarikan tersendiri dan keindahan untuk diterokai. Terdapat pelbagai budaya dan tempat bersejarah untuk dilawat seperti Balai Seni Negeri Kedah (State Art Gallery), Muzium Padi Alor Setar dan Wat Nikrodharam. Anda juga boleh melawat Pekan Rabu di Pusat Beli Belah Ukir jika anda mencari makanan tempatan.


ETS Platinum dan ETS Gold

Terdapat dua jenis keretapi ETS ke Alor Setar:

ETS Gold – kurang perhentian berbanding ETS Silver
ETS Platinum – perhentian yang paling kurang, ambil masa yang lebih singkat. Snek percuma disediakan semasa perjalanan.
Portal Tempahan Tiket Online yang Dipercayai
BusOnlineTicket.com menawarkan portal tempahan tiket online untuk pengangkutan awam di Malaysia dan Singapura. Semak jadual dan tempah tempat duduk anda secepatnya sebelum memulakan perjalanan anda. Tempah Tiket Bas Online »

Stesen Keretapi Alor Setar

Stesen Keretapi Alor Setar terletak tidak jauh dari pusat bandar. Anda boleh mengambil teksi bermeter untuk pergi ke destinasi seterusnya dari Stesen Keretapi Alor Setar. Jika anda bercadang untuk ke Jeti Kuala Kedah untuk menaiki feri ke Langkawi, adalah lebih mudah dengan menaiki teksi. Secara alternatif, anda boleh mengambil bas tempatan.

• Bas tempatan dari Stesen Keretapi Alor Setar ke Jeti Kuala Kedah

Bas tempatan di Alor Setar adalah dibawah Kumpulan Syarikat HBR. Jika anda ingin berjimat dan tidak kisah untuk berjalan sedikit, bas tempatan adalah pilihan termurah untuk ke Jeti Kuala Kedah. Anda boleh mengambil bas tempatan berdekatan dengan bangunan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah.

Perhentian bas itu terletak kira-kira 10-15 minit berjalan kaki dari Stesen Keretapi Alor Setar. Beritahu pemandu itu ke mana and hendak pergi dan bas itu akan berhentikan anda di jalan utama hadapan Jeti Kuala Kedah. Perjalanan ke Jeti Kuala Kedah adalah 20-30 minit bergantung pada keadaan trafik.


Kemudahan Keretapi ETS

Keretapi selesa dan sesuai untuk memudahkan warga emas dan OKU.

Penumpang boleh mencari bar F&B di koc C untuk mendapatkan makanan dan minuman pada harga berpatutan.

Tandas di koc B & E.