Pulau Tioman

Pulau Tioman
Pulau Tioman 2

Pulau Tioman adalah pulau yang terbesar di antara pulau-pulau gunung berapi di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai Seri Buat Archipelago. Tarikan terbesar Pulau Tioman adalah keindahan semula jadinya. Hutan rimbun tropikanya meliputi kira-kira 12,000 hektar pulau itu dan aliran gunung serta air terjunnya yang asli adalah terdiri daripada lebih puluhan spesies mamalia eksotik, burung dan bunga eksotik.

Pulau Tioman adalah luar biasa dan hebat seperti Gunung Kajang. Dengan ketinggian yang lebih dari 1000 meter, gunung berapi yang tak aktif dan meliput awan ini merupakan gunung yang tertinggi di antara semua pulau di luar pantai Semenanjung Malaysia.

Air jernih di Pulau Tioman terdiri daripada pelbagai bentuk, warna dan saiz batu karang. Di Pulau Tioman yang luas ini juga terdapat habitat kehidupan laut yang luar biasa seperti ikan paus yu, ikan lumba-lumba, ikan pari, penyu laut dan spesis ikan eksotik yang tak terkira jumlahnya. Pulau Tioman juga menjemput para pelancong untuk melakukan aktiviti seperti “snorkeling’, berlayar di atas bot dan selaman skuba.

Nikmatilah keseronokan keindahan pantai-pantai yang tenang ini, Pulau Tioman sekali lagi mendapat gelaran “10 Pulau Paling Terkenal Di Dunia” menurut Majalah Time. Dengan ini, tidak hairanlah Pulau Tioman merupakan pantai yang mendapat gred A+. Jadi, para-perenang dan pelancong juga boleh menikmati penginapan mereka di sini.

Panduan Pengangkutan di Pulau Tioman

Dari Mersing ke Pulau Tioman, anda hanya boleh menaiki feri (maksimum 150 penumpang) yang disediakan oleh Bluewater Express Speed Ferry di Jeti Mersing. Bluewater Express Speed Ferry adalah satu-satunya perkhidmatan feri yang berkhidmat antara Mersing dan Pulau Tioman. Tempoh untuk feri adalah tidak tetap dan bergantung pada keadaan cuaca dan air pasang surut. Antara portal tempahan tiket online feri adalah Tiomanferry.com. Mereka meletakkan cas perkhidmatan untuk membantu anda mendapatkan tiket feri. Walaubagaimanapun, membeli tiket feri secara online adalah lebih baik berbanding membeli tiket feri di jeti kerana berkemungkinan tiket feri akan habis.

Jeti Mersing ini hanyalah 10 minit jarak berjalaan kaki dari Terminal Bas Mersing. Terminal Bas Mersing menyediakan perkhidmatan bas untuk ke Mersing dari Johor Bahru, Melaka dan KL dan sebaliknya. Pengusaha bas seperti Transnasional, SnS International dan Causeway Link adalah pengusaha bas yang menyediakan perkhidmatan bas untuk ke Terminal Bas Mersing.

Singapura menggunakan pengusaha bas seperti WTS dan The One Travel yang berkhidmat dari Singapura ke Mersing. Bas yang sama juga menyediakan perkhidmatan untuk ke Tanjung Gemok, iaitu jeti alternatif ke Pulau Tioman. Jika anda menempah tiket bas dari Singapura ke Pulau Tioman, perkhidmatan itu termasuk dengan bas dari Singapura ke Tanjung Gemok dan feri dari Tanjung Gemok ke Pulau Tioman.