Taiping

Taiping

Taiping 2

Taiping terletak di Perak dan ia adalah bandar kedua terbesar di Perak selepas Ipoh. Pada masa dahulu, Taiping merupakan sebuah kawasan untuk aktiviti perlombongan bijih timah. Kini, perlombongan tersebut telah ditukar menjadi sebuah tasik yang indah iaitu Taman Tasik Taiping. Selain itu, Taiping juga terkenal dengan Zoo yang pertama di Malaysia. Tarikan yang lain juga ialah sebuah bukit resort Maxwell Hill. Tempat yang mesti dilawati ialah Kolam Burma. Ia adalah tempat yang baik untuk anda berehat dan berendam dengan air sejuk.

Selain tarikan, Taiping menawarkan hidangan unik yang anda tidak boleh ketinggalan. Ramai orang gemar masakan Pulau Pinang Char Kuey Teow, tetapi mereka mungkin tidak tahu bahawa Taiping juga menawarkan Char Kuey Teow (mi goreng rata) yang lazat. Terdapat dua jenis kuey teow yang terkenal iaitu Char Kuey Teow basah dengan bebola Ikan dan Char Kuey Teow masak “berapi”. Char Kuey Teow digelar sebagai Char Kuey Teow “berapi” ialah disebabkan percikan arang api yang membara semasa proses menggoreng Char Kuey Teow.

Panduan Pengangkutan ke Taiping

Mengambil bas ke Taiping adalah mudah kerana terdapat beberapa pengusaha bas yang menawarkan perkhidmatan bas ekspres yang kerap ke Taiping. Bas yang kerap ke Taiping tersebut adalah bagus kerana kedua-dua ibu pejabat Konsortium adalah di Taiping.