Sitiawan

Sitiawan 2

Sitiawan adalah satu tempat yang masyarakat sering sebut bagi merujuk bandar-bandar di daerah Manjung, Perak. Antara bandar-bandar tersebut adalah Pasir Panjang, Teluk Pelanchang, Dato’ Seri Kamaruddin, Bandar Sitiawan, Ayer Tawar, Serdang, Sungai Wangi, Sungai Ramai, Banjar, Changkat Chermin dan Gugusan Lekir. Sitiawan mencerminkan kepelbagaian budaya dan etnik Malaysia. Kawasan ini telah meninggalkan impak sebahagian daripada sejarah moden Malaysia semasa Jepun menjajah semasa Perang Dunia Kedua yang mengakibatkan Malaya darurat pada tahun 1945 – 1960. Walaupun tidak terlihat di tempat-tempat tarikan pelancong, ia terletak berhampiran pelabuhan Lumut di mana pelancong boleh menaiki feri ke resort Pulau Pangkor. Sitiawan sangat terkenal dengan keutamaan getah, minyak kelapa sawit, bijih mineral, penangkapan ikan dan kapal.

Sejarah
Pada masa dahulu, kawasan ini dipercayai menjadi sebahagian daripada kerajaan Hindu-Melayu Gangga Negara yang runtuh pada abad ke-11. Kawasan ini merupakan sumber bijih timah pada akhir abad ke-19, dan Sungai Dinding utama berfungsi sebagai jalan utama untuk kapal pengapung yang penuh dengan bijih, berkait dengan Pulau Pinang.

Legenda menceritakan tentang gajah yang digunakan untuk kerja, yang membawa bijih timah, lalu terjebak dalam lumpur sungai yang airnya surut. Walaupun mereka berusaha untuk mengeluarkan gajah itu, ia tetap tidak dapat dikeluarkan dari lumpur sungai itu, kecuali seekor lagi teman gajah itu, gajah itu enggan bergerak sehingga kedua-duanya tewas di sungai yang airnya semakin meningkat. Ini membawa kesan kepada seorang penduduk yang menamakan tempat ini sebagai Kampung Sungai Gajah Mati (Sungai Di mana Gajah itu Mati). Wabak cacar pada 1886 meyakinkan penduduk setempat untuk mengubah nama itu menjadi Setia Kawan atau “kawan yang setia”, untuk menenangkan semangat gajah tersebut. Akhirnya, tempat ini dinamakan sebagai “Sitiawan”.

Pada tahun 1903, lebih daripada 360 orang Cina Kristian dari Fujian, China, yang terdiri daripada orang Kutian, Hockchiu, Hockcheng dan Henghua (secara kolektif dikenali sebagai Fuzhou) telah menetap di kawasan tersebut. Hari ini, kebanyakkan kaum Fuzhou di kawasan sekitarnya dan bandar-bandar utama seperti Ipoh telah berpindah ke Sitiawan.

Perang Dunia Kedua menyaksikan ketibaan Jepun di kawasan itu, yang membawa kepada tentangan dari penduduk tempatan, salah satunya ialah Chin Peng yang terkenal. Beliau membentuk tentera gerila Komunis yang tidak hanya berperang melawan orang Jepun, tetapi kemudiannya pentadbiran kolonial British, mengakibatkan darurat Tanah Melayu pada tahun 1948 sehingga 1960.

Sejak kebelakangan ini, ekonomi di Sitiawan telah berkembang pesat, dengan penubuhan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut yang berdekatan, serta penempatan sarang untuk burung layang-layang, yang sarangnya digunakan untuk membuat masakan Cina iaitu sup sarang burung. Dengan kemakmuran datang dengan cepat dan pembangunan yang agak tidak terkawal, peningkatan infrastruktur dan pencemaran menjadikan sesetengah kawasan perkampungan mundur.

Tarikan-tarikan

Tarikan di Sitiawan agak sedikit dan jauh di antaranya. Sesetengah aspek seperti cara tradisional kehidupan kampung, jamuan dan perayaan lenyap. Bangunan-bangunan peninggalan sisa penjajahan awal abad ke-20 juga lenyap kerana perkembangan baru di Sitiawan.

Sitiawan Settlement Museum

Dibuka pada tahun 2003, Sitiawan Settlement Museum ditubuhkan untuk mengekalkan penyimpanan sejarah dan artifak peneroka Fuzhou. Ia ditempatkan di parsonage gereja berusia 70 tahun yang telah diubah. Di belakang muzium tersebut terdapat sebuah telaga yang digali oleh peneroka-peneroka dahulu sebagai bekalan air mereka (yang kini sudah tidak digunakan). Alamat: K6, Jalan Ling Ching Mi, Kampung Koh, 32000 Sitiawan. Tel/Faks: 05-6920612.

Sitiawan mempunyai Gereja Methodist Cina iaitu sebuah bangunan putih yang kecil berbentuk salib. Dibina pada tahun 1905. Kemudian, ia dibina semula dan diubah suai selepas berlaku kebakaran. Tarikh gereja itu lengkap dibina adalah semasa tahun 1927 dan terletak berhampiran dengan Sitiawan Settlement Museum. Terdapat juga Sekolah Menengah Kebangsaan, atau dikenali lebih dikenali sebagai ACS (Anglo Chinese School) yang sudah pun dibina lebih seratus tahun. Ia masih berfungsi sebagai sekolah dan tidak begitu menarik seperti yang anda harapkan.

Pengangkutan

Untuk pergi ke Sitiawan dari lapangan terbang, anda boleh menaiki Star Shuttle Express bas dari KLIA2 ke Sitiawan dengan hanya 2 hinngga 3 jam perjalanan bas.

Makanan

Kebudayaan Fuzhou
Kebudayaan Hockchiu adalah yang paling ternama di Sitiawan, terutama Kampung Koh. Beras wain merah (“mien siang”), roti kong piang, dan sup ikan manis dan masam (“goroow”) adalah sebahagian daripada tradisi mereka.