Mukah

Mukah 2

Apabila anda melawat ke lokasi-lokasi bersejarah yang terkenal di Malaysia, Mukah merupakan sebuah kawasan yang terpencil dan memiliki keindahannya tersendiri. Mukah dikenali sebagai sebuah pelabuhan aktiviti perikanan seperti memancing yang terletak di permulaan Sungai Mukah yang bersebelahan dengan Laut China Selatan. Mengikut sejarah, Mukah dahulunya adalah sebahagian daripada Kesultanan Brunei, tetapi secara rasminya Mukah telah menjadi sebahagian Sarawak pada tahun 1861. Kini, Mukah merupakan pusat pentadbiran utama untuk Daerah Mukah.

Kini, Mukah terkenal sebagai tempat yang menarik perhatian pelancong sebagai pusat kebudayaan tempatan Melanau. Di sinilah terletaknya Pusat Kebudayaan Melanau, serta Lamin Dana Water Village yang indah. Peminat kebudayaan di Malaysia menjadikannya satu kunjungan untuk tidak terlepas dari Festival Pesta Kaul, yang merupakan salah satu perayaan paling penting dalam tahun Melanau. Perayaan ini pada asalnya dimulakan oleh nelayan asli sebagai cara untuk menghibur semangat perairan tempatan dan kini kekal sebagai sesuatu yang harus dilihat oleh bukan hanya penduduk setempat, tetapi pengunjung ke kawasan itu untuk merasai sepenuhnya semangat di kawasan tersebut.

Perjalanan Bas di Mukah

Apabila anda melawat Malaysia dan mencari tempat terpencil untuk menikmati keindahan seperti Mukah, perjalanan bas merupakan pilihan yang tepat untuk anda. Bas ke Mukah dalah mudah, malah penduduk di Mukah juga memilih perjalanan menggunakan bas untuk berjalan dan pekerjaan mereka. Ianya amatlah berbaloi dan mesra alam. Oleh itu, perjalanan bas ke Mukah adalah pilihan tepat untuk para pengunjung di mana ia akan sentiasa di bawah bajet dan pelancongan yang seperti anda inginkan. Buatlah pilihan anda hari ini dan terokailah khazanah Malaysia seperti Mukah dengan cara yang lebih jimat!