Kuala Terengganu

Kuala Terengganu
Kuala Terengganu 2

Terengganu, merupakan salah satu negeri yang digelar sebagai “Pantai Timur” Semenanjung Malaysia, terkenal dengan pulau-pulau eksotik dan pantai-pantai yang boleh ditemui sepanjang pantai yang indahnya dari Besut ke Kemaman. Negeri ini mempunyai penduduk sekitar satu juta, 90% daripadanya adalah bangsa Melayu dan selebihnya pula adalah Cina dan India. Terengganu mempunyai banyak landskap semulajadi manakala gaya hidup luar bandar dan perkampungan nelayan yang menarik membuat pelancong berasa tenang untuk bercuti di Kuala Terengganu. Kuala Terengganu merupakan ibu kota negeri yang terletak di tebing Sungai Terengganu, ia tidak mempunyai kesibukan kehidupan seperti di bandar tetapi tidak juga terjejas oleh tekanan bandar dan ia sama seperti bandar-bandar lain di negeri ini. Dengan kekayaan tradisi dari pelbagai generasi, Terengganu telah lama menjadi kawasan penting untuk penempatan kaum berbangsa Melayu. Kesultanan Terengganu berasal daripada hampir 300 tahun yang lalu, di mana ketika Tun Zainal Abidin menjadi Sultan pertama (Sultan Zainal Abidin I) pada tahun 1708. Yang berkuasa ketika itu ialah Sultan Mizan Abidin, Sultan ke-16, yang diumumkan sebagai pemerintah negara pada 15 Mei 1998, menjadi pemerintah termuda di Malaysia.

Syurga Untuk Penyelam

Tarikan utama Terengganu ialah pulau Redang yang terletak 50km dari Kuala Terengganu dan Perhentian yang terletak 21km dari pantai.

Terkenal dengan air lautnya yang jernih dan batu-batu karang, pulau-pulau ini merupakan sebuah lautan sesuai untuk berenang, “snorkeling”, selam skuba, penerokaan hutan, bermain bot dan berkayak.

Pulau yang lain pula adalah Pulau Kapas yang terletak kira-kira 6km dari Marang. Ia adalah sebuah pulau yang terkenal dengan lautan zamrud murni, pantai berpasir putih dan pokok kelapa sawit.

Tempat lain yang menarik juga ialah Tasik Kenyir. Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan ia adalah salah satu yang terbesar di dunia kira-kira 55km dari ibu negara. Ia mempunyai keluasan sebanyak 369 km dan merupakan tempat percutian yang ideal untuk memancing, berenang, berkayak, berperahu dan meneroka hutan.

Rantau Abang, terletak kira-kira 70km dari Kuala Terenggan. Ia merupakan tempat bersarang untuk Dermocheleys coriaca gergasi (penyu belimbing) di dunia. Tempat perlindungan kura-kura telah dibina dalam usaha untuk memelihara kehidupan penyu belimbing itu.

Kekayaan Warisan

Satu lagi tarikan ialah Masjid Tengku Tengah Zaharah yang terletak kira-kira 4.5km di luar Kuala Terengganu, yang dikatakan sebagai salah satu kehidupan di Malaysia. Ia digabungkan dengan reka bentuk seni bina moden dan tradisional, masjid memberikan kesan dalam menarik perhatian kerana masjid ini terapung di atas air!

Bagi pencinta khazanah warisan, perjalanan ke Chinatown di Kuala Terengganu di sepanjang tebing sungai akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana latar belakang sejarah kawasan itu. Segelintir masyarakat dan pelancong mempercayai akan kehadiran kaum berbangsa Cina yang tiba di sini pada awal abad ke-15 selepas lawatan Laksamana Cheng Ho semasa Dinasti Ming.

Kuil Thean Hou yang telah dibina selama 108 tahun merupakan kuil yang paling lama di negara ini. Ia mempunyai sejarah sejak kedatangan komuniti Hainanese. Ia dikenali sebagai Tian Hou Gong atau Temple of the Heavenly Goddess dan dibina pada tahun 1896 semasa pemerintahan Maharaja Kuang Hsu dari Dinasti Qing.

Terengganu juga terkenal dengan percetakan batik yang merupakan seni yang indah dan halus yang memerlukan kesabaran dan ketekunan seperti songket, seni menenun benang emas dan perak ke dalam sutera yang dicelup.

Kemudian terdapat Pulau Duyong yang merupakan kawasan bot yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Orang dapat melihat perahu yang dibuat oleh pembina yang kemahirannya telah diturunkan dari generasi ke generasi.

Terengganu adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang gemar dengan alam semula jadi dan pengembaraan. Orang-orang yang mengamalkan gaya hidup sederhana menjadikan agama, tradisi dan budaya sebagai bahagian yang penting dalam kehidupan mereka. Mereka turut memberikan sambutan yang baik kepada pelawat yang melancong di negeri itu.

Kesemua petikan ini diambil dari: All Malaysia.Info

Penyumbang
Petikan dari world66.com
13 Mac 2007, dibaharui oleh ykdannert79