Langkawi

Langkawi 2

Perlis adalah negeri terkecil di Malaysia dan ia terletak di bahagian paling utara Malaysia. Ia merupakan sempadan untuk Thailand dan Kedah. Kuala Perlis adalah laluan masuk ke Langkawi. Pelancong boleh mengambil feri dari Kuala Perlis ke Langkawi.

Panduan perjalanan di Langkawi adalah panduan tentang pantai-pantai yang indah serta pelbagai aktiviti untuk membuat anda terhibur semasa bercuti. Langkawi mempunyai iklim tropika dan suhu purata 32 darjah, menjadikannya destinasi yang baik untuk percutian di pantai. Langkawi kaya dengan kebudayaan dan pemandangan semula jadi. Lagenda-lagenda tempatan membawa kepada tarikan-tarikan misteri.

Pantai

Pantai-pantai di Langkawi menarik minat pencinta pantai dari seluruh dunia. Pantainya adalah pantai yang berpasir di sepanjang lautan. Pantai Cenang adalah pantai yang popular dan panjangnya ialah tiga kilometer. Pantai ini terletak berdekatan dengan lapangan terbang. Oleh itu, pelancong lebih mudah untuk mengunjungi Pantai Cenang. Di sekitar Pentai Cenang, terdapat pelbagai pilihan penginapan termasuk pelbagai jenis resort. Pentai Tengah adalah pantai yang lebih kecil dan ramai orang. Di situ terdapat kemudahan sukan air termasuk bot.

Tarikan-tarikan / Aktiviti-aktiviti

“Underwater World” terletak di Pantai Tengah di mana pengunjung akan terpesona dengan pelbagai kehidupan laut. Di sini anda dapat melihat spesies ikan tropika serta jerung dan ikan pari. “The Rice Garden” menyediakan maklumat mengenai nasi dan peranannya adalah penting di Asia. Terdapat sebuah muzium kecil dan sebuah restoran yang terletak di lokasi tersebut.

Aktiviti-aktiviti

Langkawi mempunyai tiga padang golf termasuk Kelab Golf Langkawi, Kelab Golf Datai Bay dan Resort Golf Gunung Raya. Tempat bermain golf yang mempunyai 18 lubang ini menawarkan tempat yang sesuai untuk bermain golf dengan menikmati persekitaran semula jadi sama ada pemandangan lautan atau gunung. Syarikat-syarikat pelancongan menawarkan aktiviti snorkeling dan peralatan snorkeling turut disediakan. Terdapat batu-batu karang yang indah untuk dilihat serta spesies ikan yang berlainan. Aktiviti selaman skuba juga disediakan dan anda akan mendapat panduan untuk memastikan anda dapat menikmati keseronokan aktiviti selaman skuba. Keadaan berlayar di Langkawi adalah baik dan rantau ini menjadi kawasan yang popular di kalangan pelayar. Regatta Langkawi menarik pelayar antarabangsa. Terdapat empat pangkalan dan kemudahan untuk bot. Pusat Ekuestrian Bay Mutiara menawarkan aktiviti menunggang kuda di Langawi untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Ini adalah cara yang terbaik untuk menerokai kawasan tempatan dan menikmati pemandangan. Bowling adalah pilihan lain untuk aktiviti yang menyeronokkan dan Ampang Superbowl menawarkan kemudahan bowling.

Sumbangan
Petikan dari world66.com
16 April 2010 diubah oleh jenna storm