Kuala Lumpur

KLCC

Jika anda merancang untuk pergi ke Kuala Lumpur, panduan perjalanan di Kuala Lumpur ini sangat berguna untuk anda mengetahui dengan lebih lanjut tentang bandar ini. Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia. Ia adalah sebuah bandar yang terbesar dan mempunyai penduduk yang paling ramai di Malaysia. Kuala Lumpur atau KL merupakan panggilan biasa yang digelar oleh penduduk setempat yang terletak di antara sungai Klang dan Gombak. Kuala Lumpur bermula dengan aktiviti perlombongan timah sebelum ia menjadi perniagaan, pendidikan, pembuatan, pengangkutan, pusat politik dan kewangan di Malaysia. Hari ini, Kuala Lumpur dan kawasan metropolitan sekelilingnya mempunyai 6 juta penduduk. Kuala Lumpur adalah ketua untuk pusat pembangunan pesat Malaysia dalam semua sektor seperti aktiviti perdagangan dan perniagaan, perbankan dan kewangan, pembuatan, pengangkutan, pendidikan dan pelancongan. Malaysia dianggap sebagai salah satu negara membangun yang berkembang pesat di Asia Tenggara.Kuala Lumpur mempunyai pelbagai mercu tanda yang terkenal, bangunan warisan, membeli-belah, kehidupan malam yang meriah dan pelbagai makanan tempatan.

Mercu Tanda

Mercu-mercu tanda yang terkenal di Kuala Lumpur yang pelancong tidak boleh lupa untuk kunjungi adalah Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur. Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan tertinggi di dunia. Menara berkembar ini disambungkan pada dengan bangunan 41 tingkat dan 42 tingkat oleh “Skybridge”. “Skybridge” dibuka kepada pelancong untuk melihat pemandangan kota Kuala Lumpur dari bangunan tertinggi di KL ini. Selain jambatan itu, di KLCC juga menyediakan pusat membeli-belah KLCC di kaki menara berkembar ini di mana ia menawarkan pengalaman membeli-belah yang mewah dan berjenama, restoran tempatan dan antarabangsa yang lazat dan beberapa tarikan seperti “Petrosains Discovery Centre” dan “Orkestra Philharmonic Malaysia”. Satu lagi mercu tanda terkenal di KL ialah Menara Kuala Lumpur (atau Menara KL dalam bahasa Melayu). Anda boleh melihat pemandangan 360 darjah di bandar Kuala Lumpur ini, dan menjadi tuan rumah sebuah restoran yang menyajikan makan tengah hari dan makan malam yang lazat.

Bangunan Warisan dan Seni Bina

Bangunan-bangunan warisan adalah bermakna untuk dikunjungi, khususnya untuk pencinta kebudayaan. Bangunan warisan tersebut adalah seperti Masjid Jamek, Masjid Negara, Kuil Thean Hou dan Kuil Sri Mahamariaman. Kerana semua bangunan warisan ini juga adalah bangunan keagamaan, pengunjung ke tempat ini diminta untuk berpakaian dengan sopan. Mahkamah Agung, Stesen Kereta Api lama dan Bangunan Parlimen adalah beberapa bangunan seni bina yang menarik dan pengunjung boleh mengambil beberapa foto sebagai kenangan.

Membeli-Belah dan Gaya Hidup

Kuala Lumpur juga menjadi tempat untuk mereka yang gemar membeli-belah. Pasaraya di Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Chinatown adalah berdekatan dengan Petaling Street. Ia merupakan tempat-tempat yang sibuk di mana anda boleh mencari restoran makanan tempatan dan kedai-kedai untuk pelbagai barangan kraftangan tradisional, tekstil, pakaian, kasut dan beg tangan dengan harga yang lebih murah. Barangan di kedai-kedai ini adalah sesuai untuk anda tawar-menawar, jadi ia bergantung kepada kemahiran anda dalam tawar-menawar untuk membeli barangan yang anda inginkan dengan harga terbaik.

Golden Triangle Kuala Lumpur merupakan sebuah kawasan yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang mewah. Pusat membeli-belah terkemuka seperti Pavillion, Lot 10, KL Plaza, Sungei Wang Plaza, Imbi Plaza, Low Yat Plaza, dan Dataran Berjaya Times semuanya berkumpul di tengah-tengah Golden Triangle ini. Mereka menawarkan pelbagai barangan seperti barangan runcit iaitu daripada barang-barang mewah ke barangan berjenama. Anda juga boleh mencari gajet-gajet teknologi terkini di Low Yat Plaza.

Golden Triangle bukan hanya sekadar menawarkan bermacam-macam pusat membeli-belah. Tetapi, ia juga mempunyai pelbagai pub, kelab malam, gerai makanan tempatan dan restoran. Salah satu gerai makanan tempatan terkenal di kawasan Golden Triangle ialah di Jalor Alor. Gerai makanan di Jalan Alor terletak di kedua-dua belah jalan dengan menjual makanan-makanan hidangan Malaysia. Terdapat pelbagai hidangan dan masakan terbaik Malaysia yang boleh didapati di kaki lima Jalan Alor ini. Oleh itu, mereka tidak perlu mencari makanan-makanan tersebut di restoran-restoran yang mahal. Jalan Alor bukan sahaja tempat-tempat makan yang terbaik untuk penduduk tempatan namun ia juga menyediakan masakan terbaik untuk pelancong dari negara lain. Ramai pelancong sering berkunjung di sini untuk merasai hidangan unik yang mereka mungkin tidak akan dapat merasai makananan tersebut di tempat lain.

Bersiar-siar di Kuala Lumpur

Perjalanan yang paling popular dan destinasi pelancongan utama di Kuala Lumpur adalah ke Batu Caves. Ia berada pada jarak memandu yang dekat di utara KL. Gua utamanya boleh diterokai dengan menaiki 272 anak tangga. Para penganut agama Hindu melakukan aktiviti keagamaan tahunan selama perayaan Thaipusam dengan memakai kavadis dan menaiki anak-anak tangga ini untuk ke gua utama tersebut. Batu Cave telah menjadi tapak untuk diziarah bukan sahaja untuk oleh kaum beragama Hindu di Malaysia, tetapi kaum beragama Hindu dari negara-negara seperti Australia dan Singapura turut menziarah gua ini.

Resort Bersejarah dan Taman Tema

Bagi penggemar taman tema, anda tidak boleh terlepas dua taman tema yang bertaraf world-class iaitu Sunway Lagoon dan Genting Highlands. Genting Highlands terletak kira-kira 45 minit dari pusat bandar. Genting Highlands merupakan sebuah bandar hiburan di Malaysia, ia menawarkan taman tema untuk keluarga di persekitaran cuaca yang selesa, pertunjukan di peringkat antarabangsa dan persembahan secara langsung, padang golf, dan dan satu-satunya negeri yang mendapat lesen membuka kasino. Sunway Lagoon pula merupakan taman tema air yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya. Ia berada kira-kira 20 minit dari Kuala Lumpur. Pada tahun 1993, ia bermula dengan Taman Air dan Taman Hiburan. Taman ini secara beransur-ansur mengembangkan taman-taman lain seperti “Extreme Park”, “Wildlife Park” dan “Scream Park” yang kini telah menjadi salah satu destinasi pelancongan paling banyak dikunjungi di Malaysia.

Panduan Pengangkutan

Terminal Bas utama di KL digunakan sebagai Terminal Bas Puduraya dan Terminal Bas Jalan Duta yang mengendalikan perjalanan antara KL dan Pantai Timur Malaysia. Bagaimanapun, disebabkan oleh peningkatan trafik di pusat bandar, terminal baru dibina memudahkan kesesakan lalu lintas bandar. Pada masa ini Terminal Bas Puduraya hanya beroperasi untuk bas antara KL dan bandar-bandar utara (seperti Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar dan Kuala Perlis) di Malaysia. Puduraya menjalani pengubahsuaian pada bulan April 2010 untuk menaik taraf perkhidmatan bagi menyediakan persekitaran dan perkhidmatan yang lebih baik kepada penumpang. Semenjak itu, Puduraya dinamakan semula sebagai Pudu Sentral. Untuk perjalanan ke selatan, mereka telah dipindahkan ke terminal bas baru yang dipanggil Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sejak pembukaan pada Januari 2011. Beberapa laluan popular seperti KL ke Melaka dan KL ke Johor Bahru dipindahkan di TBS. Hal ini telah mengurangkan kesesakan di Pudu Sentral. Terminal baru ini dipasang dengan penyaman udara sepenuhnya, termasuk platform. Oleh itu, ia menyediakan persekitaran yang selesa untuk penumpang sambil menunggu bas.