Batu Pahat
Bangunan di Batu Pahat

Batu Pahat adalah bandar seperti Johor Bahru, bandar yang berkembang pesat ini juga dianggap sebagai pusat tekstil Malaysia. Ia masih mengekalkan suasana seperti dahulu, terutama bangunan-bangunan yang mencerminkan pengaruh dan kebudayaan Asia kerana ia mempengaruhi keharmonian dalam bandar yang sibuk dan berkembang pesat ini.

Hari ini, Batu Pahat menjadi tempat persidangan pusat perniagaan serantau yang kian membangun dan popular. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang diasaskan pada tahun 1993 menjadikannya hub pendidikan di kawasan ini. Ianya merupakan tempat rehat kegemaran pelancong, anda sepatutnya berhenti di sini untuk menikmati buah-buahan, kacang tanah dan makanan tempatan lain begitu juga dengan buah tangan.

Panduan Pengangkutan

Oleh kerana tiada stesen keretapi dan penerbangan di Batu Pahat, bas adalah satu-satunya pengangkutan untuk ke pekan itu. Perkhidmatan bas dari Johor Bahru dan Kuala Lumpur ke Batu Pahat mempunyai harga tiket berpatutan dan frekuensi bas yang kerap. Antara perkhidmatan bas yang disediakan ialah KKKL Express, Causeway Link and S&S International Express.