Pakej Mudah & Percuma ke Cameron Highlands
Jika anda sedang mencari untuk berehat sebentar daripada cuaca tropikal di destinasi di Malaysia yang lain, Cameron Highlands adalah tempat yang terbaik untuk anda. Bandar di atas bukit ini adalah tempat untuk kehijauan yang subur, puncak gunung, air terjun dan ladang teh. Dengan cuaca yang nyaman menjadi idaman ramai, Cameron Highlands kekal sebagai lokasi yang lebih digemari di Malaysia. Oleh itu, ketahui kenapa Cameron Highlands menjadi pilihan ramai.
Panduan Destinasi
Cameron Highlands terletak di Pahang, lebih kurang 220km dari bandar Kuala Lumpur. Sebagai salah satu daripada bandar atas bukit paling besar di dalam negara, Cameron Highlands mempunyai kawasan yang meliputi 712 kilometer persegi, menjadikannya sebesar Singapura. Ia juga merupakan kawasan paling tinggi di Malaysia yang boleh diakses melalui jalan raya. Ketinggian 1829m memastikan cuaca di atas sana lebih sejuk berbanding kawasan lain di Malaysia.
Cameron Highlands juga terkenal dengan keindahan alam semula jadinya yang pelbagai, ini antara sebab disebalik reputasinya sebagai destinasi pelancongan yang teratas. Pengunjung boleh menikmati keindahan alam semula jadi ini di banyak tempat seperti Gunung Brinchang, puncak gunung di mana anda boleh lihat seluruh Cameron Highlands dan negeri terdekat, Perak. Dari sini, pengunjung boleh berjalan ke Hutan Berlumut (Mossy Forest), sebuah hutan simpanan, yang berlumut dan dipenuhi dengan pokok-pokok yang berusia ratusan tahun. Pilihan lain termasuk air terjun seperti Air Terjun Parit dan Air Terjun Robinson.
Satu lagi tarikan utama di sini adalah Bunga Rafflesia, yang dikatakan bunga terbesar di dunia. Bunga ini tumbuh di lokasi bernama Blue Valley, satu jam dari Cameron Highlands. Pelancong boleh sertai lawatan yang dipandu untuk melihat pemandangan yang mengagumkan ini. Tarikan utama yang lain termasuk Muzium Terowong Masa, Ladang Teh Bharat, Taman Lavender dan Kuil Sam Poh.
Untuk aktiviti, pengunjung boleh cuba merentas hutan (trekking), aktiviti yang sangat popular di sini. Terdapat juga padang golf 18 lubang untuk pencinta golf yang dikenali sebagai Cameron Highlands Golf Course. Mereka yang gemar bermain gold adalah dialu-alukan untuk berlatih di sini. Aktiviti lain termasuk lawatan ke hutan yang dipandu, lawatan ke ladang teh, perkhemahan dan lain-lain.
Rancang percutian anda dan tempah Pakej Mudah & Percuma ke Cameron Highlands sekarang!