Jadual Bas dari Teluk Intan ke Johor Bahru >>
Bas dari Teluk Intan ke Johor Bahru adalah perkhidmatan bas permintaan kedua tertinggi di Terminal Bas Teluk Intan selepas Teluk Intan ke KL. Kebanyakan penumpang mereka adalah yang bekerja di Singapura atau Johor Bahru.
Pengusaha Bas dari Teluk Intan ke Johor Bahru
Star Coach, LPMS, dan Maju Ekspress adalah tiga syarikat yang menyediakan bas dari Teluk Intan ke Johor Bahru. Star Coach, LPMA dan Maju Express menyediakan bas VIP 3 tempat duduk sebaris bagi memastikan penumpang selesa sepanjang 8 jam perjalanan. Pengusaha-pengusaha bas lain yang turut berkhidmat untuk laluan ini termasuk Arwana Express, SMB Express, dan Sri Theven Travel.
Sebelum ini, penduduk dari Sabak Bernam, Simpang Empat, dan Sungai Besar perlu ke Teluk Intan untuk mendapatkan bas dari Teluk Intan ke Johor Bahru. Situasi ini berubah setelah LPMS melancarkan perkhidmatan laluan bas baru.
Bas LPMS bertolak dari Terminal Bas Teluk Intan, kemudian ia melalui Sabak Bernam, Simpang Empat, Sungai Besar dan Sekinchan untuk mengambil penumpang sebelum memasuki lebuhraya ke Johor Bahru. Oleh itu, LPMS adalah perkhidmatan bas yang terus dari Sabak Bernam, Simpang Empat, dan Sungai Besar ke Johor Bahru yang menawarkan kemudahan untuk penduduk di kawasan tersebut.
Tempoh, Harga Tiket, Tempat Ketibaan
Tempoh perjalanan dari Teluk Intan ke Johor Bahru mengambil masa 8 jam bergantung pada keadaan trafik. Sekurang-kurangnya 1 perhentian ke tandas disediakan untuk penumpang. Harga tiket bas dari Teluk Intan ke Johor Bahru adalah dalam lingkungan RM 52.70 hingga RM 60.00. Harga tiket bas juga sama dari Sabak Bernam, Simpang Empat, dan Sungai Besar ke Johor Bahru.
Setelah tiba di Johor Bahru, penumpang boleh meminta pemandu untuk turun di jalan utama Skudai, Tun Aminah sebelum berhenti di Larkin Sentral Johor Bahru.
Menempah tiket bas online anda di BusOnlineTicket.com lebih mudah berbanding membeli tiket di Terminal Bas Teluk Intan. Selain itu, bas cepat penuh terutamanya pada hari Ahad apabila ramai yang pulang ke Johor Bahru untuk bekerja pada keesokannya. Melalui tempahan online, penumpang boleh menjamin tiket anda sebelum memulakan perjalanan.