Bas dari Shah Alam ke Kota Bharu

Jadual Bas dari Shah Alam ke Kota Bharu>>

Bas dari Shah Alam ke Kota Bharu adalah pengangkutan yang digemari pelanggan antara dua bandar ini. Masyarakat tempatan terutama para pekerja lebih gemar untuk menaiki bas dari Shah Alam ke Kota Bharu kerana lebih mudah untuk ke Terminal Bas Shah Alam di Seksyen 13.

Pengusaha Bas dari Shah Alam ke Kota Bharu

Ekspres Perdana dan Transnasional adalah dua pengusaha bas popular dari Shah Alam ke Kota Bharu. Ekspres Perdana adalah pengusaha bas utama untuk ke Kota Bharu di Malaysia, sementara Transnasional adalah pengusaha bas terbesar yang menyediakan perkhidmatan di semua laluan di Malaysia.

Ekspres Perdana dan Transnasional menawarkan 1 kali perlepasan pada waktu pagi. Oleh kerana permintaan tinggi untuk bas malam ke Kota Bharu, Ekspres Perdana menawarkan 2 kali perlepasan pada waktu malam dan Transnasional menawarkan 1 kali perlepasan pada 8.30 pm.

Para pekerja lebih gemar untuk menaiki bas malam berbanding pagi kerana mereka boleh pulang ke kampung di Kota Bharu selepas waktu bekerja. Dengan meluangkan masa sepanjang malam dan tiba di keesokan pagi, mereka boleh menikmati masa dengan keluarga dan rakan-rakan di Kota Bharu.

Tempoh, Harga Tiket, Nota

Ekspres Perdana dan Transnasional menawarkan tempat duduk VIP yang luas untuk perjalanan jauh ini. Perjalanan dari Shah Alam ke Kota Bharu mengambil masa 7.5 jam bergantung pada keadaan trafik. Bas akan menyediakan sekurang-kurangnya 1 kali perhentian ke tandas untuk penumpang.

Harga tiket bas bermula dari RM 47.00 – RM 47.50. Ekspres Perdana menggunakan bas dua tingkat untuk laluan ini, harga tiket bas mereka adalah lebih tinggi dari Transnasional yang menggunakan bas satu tingkat.

Dengan sokongan pelanggan terhadap perkhidmatan kami, BusOnlineTicket.com telah menjadi portal tempahan online popular dalam kalangan pelanggan sepanjang tahun.


Jadual Bas dari Shah Alam ke Kota Bharu