Jadual Bas dari Melaka ke Kota Bharu >>
Bas dari Melaka ke Kota Bharu adalah pengangkutan paling mudah untuk menghubungkan kedua-dua bandar ini berbanding mengambil penerbangan dan kereta api. Oleh kerana tiada perkhidmatan kereta api dan penerbangan di Melaka, penumpang perlu mengambil bas di Lapangan Terbang Kuala Lumpur untuk menaiki penerbangan atau Stesen KTM Tampin untuk perkhidmatan keretapi. Oleh itu, penerbangan dan kereta api adalah tidak mudah seperti menaiki bas dari Melaka ke Kota Bharu.
Pengusaha Bas dari Melaka ke Kota Bharu
Ekspres Perdana adalah syarikat pengusaha bas popular untuk bas dari Melaka ke Kota Bharu. Perkhidmatannya bagus dan menepati masa.
Ekspres Perdana menyediakan bas VIP kepada penumpang. Tempat duduk untuk bas VIP disusun 3 kerusi setiap baris. Susunan ini memberi keluasan tempat duduk dan ruang kaki. Oleh itu, penumpang boleh tidur dengan selesa pada waktu malam sepanjang perjalanan.
Tempoh, Harga Tiket, Perhentian dan Nota
Harga tiket bas dari Melaka ke Kota Bharu adalah RM 57.00. Tempoh yang diperlukan untuk bas dari Melaka ke Kota Bharu adalah 9 jam bergantung pada keadaan trafik. Persinggahan ke tandas akan disediakan sepanjang perjalanan.
Tempat bertolak di Melaka ialah Terminal Bas Melaka Sentral. Anda boleh menaiki bas atau teksi di Melaka Sentral ke bandar Melaka. Tempat ketibaan di Kota Bharu ialah Terminal Bas Kota Bharu yang terletak bersebelahan Tesco dan Pusat Beli Belah AEON.
Ekspres Perdana menawarkan perjalanan hanya pada 8 malam sahaja setiap hari. Oleh itu, anda disarankan untuk membuat tempahan lebih awal bagi mendapatkan tiket sebelum bertolak.
Tempah tiket bas online dari Melaka ke Kota Bharu di BusOnlineTicket.com. Anda hanya perlu membuka laman web kami dan membuat bayaran di BusOnlineTicket.com dengan pengesahan segera. Dapatkan tiket anda di BusOnlineTicket sekarang!