Jadual Bas dari Melaka ke KL >>

Bas dari Melaka ke KL ialah salah satu perkhidmatan bas popular di Melaka Sentral. Permintaan untuk perkhidmatan bas ini sangat tinggi dari penduduk tempatan serta pelancong. Melaka adalah tapak warisan dunia UNESCO, ia adalah tarikan yang mesti dilawati oleh pelancong apabila datang ke Malaysia. Selepas meluangkan percutian mereka di Melaka, bas dari Melaka ke KL ialah pengangkutan paling mudah dan paling ekonomi untukmereka. Maka, pelancong bergantung kepada perkhidmatan bas antara Melaka dan Kuala Lumpur untuk menghubungkan dua negeri yang merupakan tarikan pelancong yang utama di Malaysia.

Ekspres KKKL and Transnasional adalah dua jenama terkemuka yang menyediakan perkhidmatan bas dari Melaka ke KL. Penduduk tempatan menyukai jenama ini disebabkan oleh ketepatan masa dan kekerapan jadual mereka. Satu lagi pengendali bas yang berkualiti tetapi kurang terkenal ialah Ekspres Delima. Beroperasi dari pagi seawal 5.30 pagi sehingga 830 petang, hampir setiap 30 minit, sebuah bas akan meninggalkan Melaka Sentral untuk ke Kuala Lumpur TBS (Terminal Bersepadu Selatan).

Tempoh, Harga, Perhentian dan Nota

Tambang bagi bas dari Melaka ke KL ialah sekitar RM13-15 setiap tiket. Tempoh perjalanan bagi bas dari Melaka ke KL adalah lebih kurang 2 jam bergantung kepada keadaan lalu lintas. Bas akan memulakan perjalanan secara terus dari terminal ke terminal tanpa berhenti, melainkan terdapat permohonan khas dari penumpang untuk waktu rehat tandas.

Tempat ketibaan di Kuala Lumpur adalah di TBS (Terminal Bersepadu Selatan). TBS adalah terminal bas di selatan Kuala Lumpur dan Pudu Sentral adalah terminal bas di utara Kuala Lumpur. Untuk pelancong yang hendak pergi ke bandar raya lain di utara Semenanjung Malaysia, mereka perlu mengambil perkhidmatan LRT dari stesen Bandar Tasik Selatan untuk ke stesen Plaza Rakyat. Pudu Sentral hanya di sebelah stesen LRT Plaza Rakyat. Di sini adalah panduan untuk TBS.

Jika anda mahu perjalanan dengan pengendali bas terkenal seperti KKKL and Transnasional, adalah lebih baik untuk menempah lebih awal tiket bas Melaka ke KL secara online di BusOnlineTicket.com untuk mengelakkan kekecewaan, terutamanya semasa hujung minggu. Menempah tiket bas Melaka ke KL secara online juga adalah cara mudah untuk mendapatkan tiket bas anda, dan mengelakkan beratur di terminal. Tempahan secara online akan mendapat pengesahan yang segera dan memberi anda ketenangan fikiran yang semuanya telah lengkap sebelum anda memulakan perjalanan.


Jadual Bas dari Melaka ke Kuala Lumpur