Jadual Bas dari Melaka ke Genting Highlands >>
Bas dari Melaka ke Genting Highlands adalah pengangkutan penting yang menghubungkan dua tempat tarikan di Malaysia. Oleh kerana tiada perkhidmatan penerbangan dan keretapi di Melaka dan Genting Highlands, bas tetap menjadi pilihan masyarakat dari Melaka untuk ke Genting Highlands.
Pengusaha Bas, Tempoh, dan Harga Tiket
707 adalah satu-satunya bas yang berkhidmat dari Melaka ke Genting Highlands. Ia menyediakan 3 perjalanan setiap hari dari Melaka ke Genting Highlands. Bas 707 ke Genting Highlands mempunyai 3 tempat bertolak di Melaka bagi menambah bilangan penumpang. Tempat bertolak tersebut adalah dari Melaka Sentral, Hatten Hotel Melaka dan 707 Hotel Melaka Orange.
Tempoh perjalanan dari Melaka ke Genting Highlands adalah 3 – 3.5 jam bergantung pada keadaan trafik. Harga tiket bas berpatutan iaitu RM 40.00.
Pembukaan Terminal Bas Awana
Dengan pembukaan taman tema baru Twentieth Century Fox pada tahun akan datang, Genting Highlands diramalkan akan mendapat lonjakan jumlah pelawat dan perlu bersiap sedia untuk mengatasi isu trafik di Genting Highlands.
Terminal Bas Awana adalah terminal bas baru yang dibina bagi mengurangkan kesesakan trafik di Genting Highlands. Mulai 1 April 2017, bas tidak perlu pergi ke Genting Highlands dan hanya berhenti di Terminal Bas Awana. Penumpang perlu menaiki kereta kabel dari Terminal Bas Awana ke Genting Highlands. Tiket kereta kabel berharga dari RM 9.00 untuk perjalanan sehala.
Taman tema Twentieth Century Fox pertama yang diinspirasikan dari pelbagai filem bakal dibuka di Genting Highlands Malaysia dan dijangka akan menarik ribuan pelancong untuk melawat Genting Highlands. Permintaan bas dari Melaka ke Genting Highlands juga akan meningkat dengan ketara. Penumpang dinasihatkan untuk menempah tiket bas online lebih awal di BusOnlineTicket.com bagi mengelakkan kekecewaan.