Bas dari Kuantan ke Ipoh

Jadual Bas dari Kuantan ke Ipoh >>

Bas dari Kuantan ke Ipoh adalah laluan bas yang mendapat permintaan tinggi dan dapat menghubungkan dua bandar popular ini. Penumpang yang berpergian ke bandar-bandar ini adalah untuk bekerja, perjumpaan dan belajar. Selain itu, bas dari Kuantan ke Ipoh juga menawarkan peluang untuk penduduk Kuantan melawat destinasi popular terbaru di Ipoh, Movie Animation Park Studios (MAPS).

Penerbangan VS Bas untuk Laluan Kuantan ke Ipoh

Kebanyakan penumpang lebih gemar menaiki bas untuk ke Ipoh dari Kuantan. Ia kerana penerbangan dari Ipoh ke Kuantan mempunyai banyak perhentian, tempoh penerbangan dari Kuantan ke Ipoh kemungkinan lebih lama dan memenatkan berbanding mengambil bas.

Pengusaha Bas dari Kuantan ke Ipoh

Kesatuan Ekspres dan Utama Ekspres adalah dua pengusaha bas yang menawarkan laluan dari Kuantan ke Ipoh. Kesatuan Ekspres adalah jenama terkenal di Malaysia dan ibu pejabatnya terletak di Ipoh.

Kesatuan Ekspres dan Utama Ekspres menyediakan jadual bas terhad untuk laluan ini. Jadual bas untuk Kesatuan Ekspres adalah pada 12.30 tengah malam dan 6.30 petang. Manakala, jadual perlepasan untuk Utama Ekspres adalah pada 9.00 pagi dan 9.00 malam.

Harga Tiket, Tempoh, Tempat Bertolak dan Ketibaan

Harga tiket bas dari Kuantan ke Ipoh adalah berpatutan. Harga tiket bas Kesatuan Ekspres untuk dewasa ialah RM 44.00, kanak-kanak pula berharga RM 34.00. Manakala, harga tiket untuk Utama Ekspres adalah RM 44.90 untuk dewasa dan kanak-kanak. Tempoh perjalanan yang diperlukan untuk laluan bas ini mengambil masa kira-kira 6.5 jam bergantung pada keadaan trafik dan cuaca.

Seperti biasa, 1 perhentian ke tandas disediakan sepanjang perjalanan. Jika anda ingin ke tandas kerana kecemasan, penumpang boleh membuat permintaan kepada pemandu.

Tempat bertolak di Kuantan ialah Terminal Bas Kuantan Sentral manakala tempat ketibaan di Ipoh ialah Terminal Bas Aman Jaya Terminal. Bagi penumpang yang ingin melawat taman tema MAPS, anda boleh mengambil teksi yang hanya mengambil masa 5 minit untuk ke taman tema animasi Asia pertama, Movie Animation Park Studios (MAPS). Terdapat 23 tarikan dan 15 permainan dalam enam zon bertemakan filem animasi seperti Smurfs, Megamind, dan The Croods.

Oleh kerana tempat duduk yang terhad, penumpang disarankan agar menempah tiket bas online melalui BusOnlineTicket.com. Tempah tiket bas anda lebih awal bagi mengelak kekecewaan. Dapatkan tiket bas anda sekarang!


Jadual Bas dari Kuantan ke Ipoh