Jadual Bas dari Kuala Perlis ke KL >>
Bas dari Kuala Perlis ke KL bukan sahaja berkhidmat untuk penduduk tempatan, tetapi juga beribu-ribu pelancong asing yang kembali ke KL selepas melancong di Pulau Langkawi. Jeti Kuala Perlis adalah pelabuhan untuk feri yang datang dari Kuah di Pulau Langkawi. Jeti Kuala Perlis hanya 5 minit perjalanan dari terminal bas Kuala Perlis, di mana anda boleh mengambil bas ekspres ke Kuala Lumpur dan Butterworth.
Tempoh, Perhentian, Harga dan Nota
Tempoh untuk bas dari Kuala Perlis ke KL biasanya mengambil masa lebih kurang 6-7 jam, bergantung kepada keadaan lalu lintas. Semua bas berlepas dari stesen bas Kuala Perlis akan pergi ke terminal bas Kangar di sebelah bangunan KWSP sebelum meneruskan perjalanan ke KL. Maka, penumpang tidak sepatutnya terkejut apabila bas tidak pergi secara terus dari Kuala Perlis ke KL. Bas dari KL ke Kuala Perlis biasanya akan menyediakan 1 waktu rehat tandas sepanjang perjalanan.
Tambang bas untuk bas VIP dari Kuala Perlis ke KL adalah di antara RM42 ke RM48, bergantung kepada syarikat bas berkenaan. Ekspres Etika, Transnasional, Plusliner and dan Ekspres Sri Maju adalah beberapa pilihan popular bagi penumpang yangmengambil bas dari Kuala Perlis ke KL. Bas ini dipasang dengan penyaman udara dan kerusi yang dapat diturunkan bagi menyediakan perjalanan yang selesa dari Kuala Perlis ke KL.
Perkhidmatan Feri dari Kuah di Langkawi ke Jeti Kuala Perlis
Disebabkan oleh perjalanan feri yang singkat dan tambang yang paling murah dari Kuah di Pulau Langkawi ke Jeti Kuala Perlis, perkhidmatan feri dari Pulau Langawi ke Jeti Kuala Perlis menjadi pilihan paling popular bagi pengunjung, jika dibandingkan denganperkhidmatan Pulau Langkawi ke Kuala Kedah dan Pulau Langkawi ke Pulau Pinang. Ia mengambil masa lebih kurang 1.25 jam dari Kuah di Langkawi ke jeti Kuala Perlis dengan feri yang berkelajuan tinggi. Tambang feri adalah RM18 untuk dewasa dan RM13 untuk kanak-kanak.
Feri pertama yang berlepas dari Kuah di Pulau Langkawi adalah pada 7.30 pagi dan feri terakhir ialah pada 7.00 petang. Perkhidmatan feri dari Pulau Langkawi ke Jeti Kuala Perlis dan tiket bas dari Kuala Perlis ke KL boleh ditempah secara online. Alternatif lain, pengunjung boleh juga membeli tiket feri di kaunter untuk pelepasan feri yang berikutnya. Feri berkelajuan tinggi meninggalkan Kuah di Jeti Pulau Langkawi untuk ke Kuala Perlis dalam tempoh masa 1.5 jam, bergantung pada tuntutan dan musim. Lantaran itu, pengunjung tidak perlu bimbang masa menunggu yang lama di Kuah, Pulau Langkawi.
Tempahan tiket secara online di BusOnlineTicket.com adalah mudah selagi anda memiliki sambungan internet dan kad kredit atau perbankan internet bersama anda. Ciri-ciri terkini adalah seperti pemilihan tempat duduk dan pengesahan segera meningkatkan keteguhan laman web tempahan secara online dan menyediakan kemudahan kepada penumpang untuk menempah tiket bas dari Kuala Perlis ke KL.