Bas dari KL ke Rantau Panjang

Bas dari Kuala Lumpur ke Rantau Panjang

Bas dari KL ke Rantau Panjang >>

Bas dari Kuala Lumpur ke Rantau Panjang adalah perkhidmatan bas unik yang bukan sahaja digunakan oleh masyarakat tempatan, namun pelancong juga menaiki bas ini. Masyarakat tempatan mengambil bas ini untuk pulang ke kampung dan pelancong pergi ke sempadan Malaysia iaitu Rantau Panjang sebagai laluan masuk untuk ke Sungai Kolok Thailand.

Perjalanan Bajet dan Cepat untuk Bas dari KL ke Rantau Panjang

Mengambil bas dari KL ke Rantau Panjang adalah lebih cepat dan mudah berbanding mengambil keretapi atau penerbangan.

Tiada keretapi dari KL yang terus ke Rantau Panjang. Penumpang perlu ke selatan untuk ke Stesen Gemas untuk menukar keretapi di Wakaf Bharu. Di Wakaf Bharu, penumpang perlu menukar bas tempatan untuk ke Rantau Panjang. Oleh itu, keretapi tidak sering menjadi pilihan penumpang dari KL ke Rantau Panjang kerana kerumitan transit keretapi dan bas.

Menggunakan penerbangan adalah lebih cepat untuk ke Kota Bharu sahaja. Seterusnya, penumpang perlu mengambil bas tempatan untuk ke Rantau Panjang, di mana bas tempatan mengambil masa 1.5 jam. Selain tu, tiket penerbangan lebih mahal berbanding harga tiket bas melainkan terdapat promosi harga tiket.

Pengusaha Bas, Tempoh, Harga Tiket dah Perhentian

Ekspres Perdana adalah pengusaha bas dominan yang menyediakan perkhidmatan dari KL ke Rantau Panjang. Ramai masyarakat tempatan dan pelancong mengambil bas ini kerana ianya selesa, menepati masa dan terdapat 5 kali jadual perlepasan setiap hari. Pengusaha bas berkualiti yang lain ialah Transnasional dan Cepat Express yang menyediakan 1 kali perlepasan setiap hari dari KL ke Rantau Panjang.

Harga tiket bas dari KL ke Rantau Panjang ialah RM 35.80 sehingga RM 49.00. Tempoh perjalanan diperlukan ialah kira-kira 7 jam bergantung pada keadaan trafik. 1 kali perhentian ke tandas akan disediakan semasa perjalanan.

Tempah tiket bas online dari KL ke Rantau Panjang di BusOnlieTicket.com yang diyakini dan mudah. Ia menyelematkan anda dari kerumitan untuk membeli tiket di terminal bas. BusOnlineTicket.com menerima pembayaran melalui kad kredit dan perbankan internet.


Bas dari Kuala Lumpur ke Rantau Panjang

Ubah Carian
Tapis Carian
Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian