Bas dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat
Jadual Bas dari KL ke Batu Pahat >>

Bas dari KL ke Batu Pahat adalah pilihan pengangkutan yang paling mudah kerana tiada perkhidmatan penerbangan atau kereta api yang menghubungkan dua bandar ini.

Pengusaha Bas, Tempoh Perjalanan, Harga Tiket Bas dan Perhentian

Bas KKKL, SnS Internasional dan Transnasional adalah pengusaha bas yang memberi perkhidmatan bas dari KL ke Batu Pahat. Bas KKKL adalah jenama bas kegemaran masyarakat tempatan kerana mereka menepati masa dan mempunyai bas yang bertolak setiap jam bermula dari 8.30 pagi hingga ke 7.30 malam. Harga tiket bas dari KL ke Batu Pahat adalah dari RM 22.70 hingga RM 24.00.

Tempoh perjalanan bas dari KL ke Batu Pahat mengambil lebih kurang 3 hingga 3.5 jam bergantung kepada keadaan trafik. Rehat untuk ke tandas akan diperuntukkan atas permintaan kepada pemandu bas semasa perjalanan.

Tempat bertolak bagi bas ke Batu Pahat di Kuala Lumpur adalah di TBS (Terminal Bersepadu Selatan). TBS terletak di selatan Kuala Lumpur. Stesen LRT terdekat adalah Stesen Bandar Tasek Selatan di Laluan LRT Ampang. Tempat ketibaan di Batu Pahat adalah Terminal Bas Batu Pahat.

Oleh kerana permintaan yang tinggi bagi perkhidmatan bas dari KL ke Batu Pahat, anda dinasihatkan untuk beli tiket bas lebih awal di BusOnlineTicket.com. Tempahan tiket bas anda di BusOnlineTicket.com akan disahkan segera setelah pembayaran dilakukan. Proses tempahan adalah cepat, mudah dan boleh dipercayai.


Jadual Bas dari KL ke Batu Pahat