Bas dari KLIA&KLIA2 ke Teluk Intan

Jadual Bas dari KLIA2 ke Teluk Intan >>

Bas dari KLIA/KLIA2 ke Teluk Intan adalah perkhidmatan penting di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Bas ini menawarkan perkhidmatan yang memudahkan penduduk dari Teluk Intan, Bagan Datoh, Hutan Melintang dan Sabak Bernam. Mereka yang menggunakan perkhidmatan bas ini kini boleh balik terus ke Teluk Intan dari KLIA/KLIA2 tanpa perlu transit di Kuala Lumpur. Untuk penduduk Bagan Datoh, Hutan Melintang dan Sabak Bernam, mereka boleh mengambil bas atau teksi dengan mudah di Terminal Bas Teluk Intan untuk pulang ke kampung.

Pengusaha Bas dari KLIA/KLIA2 ke Teluk Intan

Star Shuttle adalah satu-satunya bas yang menyediakan perkhidmatan dari KLIA/KLIA2 ke Teluk Intan. Mereka menawarkan perkhidmatan antara KLIA/KLIA2 ke Teluk Intan lebih dari 10 tahun. Oleh itu, mereka mempunyai pengalaman yang luas dan telah menubuhkan pasukan yang hebat bagi memastikan penumpang dapat menikmati perjalanan lancar antara KLIA/KLIA2 dan Teluk-Intan.

Star Shuttle menggunakan tempat duduk bas VIP yang luas bagi memastikan keselesaan penumpang setelah menaiki penerbangan yang lama. Bas mereka juga mempunyai soket pengecas dan mempunyai WIFI untuk kegunaan penumpang.

Tempoh, Harga Tiket, Jadual dan Nota

Tempoh perjalanan dari KLIA/KLIA2 ke Teluk Intan mengambil masa kira-kira 3 – 4 jam bergantung pada keadaan trafik. Bas akan bertolak dari KLIA2 seterusnya ke KLIA untuk mengambil penumpang sebelum bertolak ke Teluk Intan. Bas yang sama akan meneruskan perjalanan ke Sitiawan dan Lumut setelah menurunkan penumpang di Terminal Bas Teluk Intan.

Harga tiket bas adalah RM 48.00. Walaupun dengan harga tiket bas yang premium, ramai yang memilih untuk mengambil bas terus dari KLIA/KLIA2 ke Teluk Intan ini kerana mereka tidak perlu transit di Kuala Lumpur.

Star Shuttle menyediakan 9 kali perlepasan setiap hari dari KLIA/KLIA2 ke Teluk Intan. Dengan perkhidmatan bas Star Shuttle, penumpang tidak perlu menunggu lama di lapangan terbang setelah turun dari kapal terbang.

Tempah tiket bas online dari KLIA/KLIA2 ke Teluk Intan di BusOnlineTicket.com bagi mendapatkan tempat duduk anda lebih awal. Dengan pengesahan segera, pembayaran online yang terjamin, dipercayai dan bereputasi, BusOnlineTicket.com telah menjadi portal tempahan tiket online yang popular di kalangan pelanggan selama bertahun-tahun.


Jadual Bas dari KLIA2 ke Teluk Intan