Bas dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang
Jadual Bas dari KL ke Pulau Pinang >>

Bas dari KL ke Pulau Pinang adalah laluan yang paling terkenal di Malaysia. Perkhidmatan bas tidak hanya disediakan untuk warga tempatan tetapi juga pelancong asing kerana terdapat beribu pelancong asing yang membuat perjalanan di antara dua negeri ini untuk bercuti.

Tambang Bas

Tambang bas untuk bas VIP dari KL ke Pulau Pinang adalah di antara RM 37 ke RM 42. Konsortium adalah salah satu yang menjadi pilihan warga tempatan. Sebahagian bas yang disediakan Nice, menyediakan TV persendirian dan makanan di atas bas, dikenakan berharga lebih tinggi iaitu RM 74. Nice Imperial, jenama baru dari Nice, bukan sahaja menyediakan TV persindirian dan makanaan di atas bas tetapi juga WIFI di atas bas. Harga Nice Imperial lebih tinggi iaitu RM 103. Bagaimanapun, untuk pelancong perniagaan, WIFI, makanan dan TV ketika perjalanan adalah kemudahan yang mudah untuk mereka, yang menjustifikasikan harga tinggi tersebut. Selain Nice Imperial, Ekspres Alisan Golden Coach juga menyediakan kemudahan WIFI ketika perjalanan. Kerana inilah tambang untuk Alison Golden Coach adalah lebih tinggi daripada pengendali bas yang lain, iaitu RM 42. Sila maklum bahawa tambang bas akan meningkat ketika musim perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Hari Raya Haji.

Tempoh, Perhentian dan Nota

Tempoh perjalanan bas dari KL ke Pulau Pinang mengambil masa 4 jam bergantung kepada keadaan trafik. Bas selalunya berlepas dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan), kecuali Transnasional, Plusliner dan Nice yang berlepas dari Stesen Lama KTM Kuala Lumpur.

Kebanyakan bas menyediakan perkhidmatan terus tanpa henti dari KL ke Pulau Pinang dengan 1 waktu rehat tandas disediakan sepanjang perjalanan. Perjalanan akan berhenti di terminal bas Sungai Nibong Pulau Pinang, yang mengambil masa 5-10 minit perjalanan kereta dari Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang dan 20 minit perjalanan kereta dari Georgetown. Penumpang boleh mengambil teksi dari Sungai Nibong ke Geogetown atau mengambil bas bandar Pulau Pinang bernombor 401 ke Geogetown berharga RM2.50.

Mengambil bas dari KL ke Pulau Pinang adalah mudah, ekonomi dan selesa. Sekarang lebih mudah dengan tempahan tiket bas secara online di BusOnlineTicket.com dengan pengesahan segera. Pembayaran kad kredit dan perbankan internet adalah pilihan yang terdapat untuk pembayaran online. Sekarang juga BusOnlineTicket.com bergerak ke hadapan dengan memperkenalkan pembayaran tunai di kedai 7-11 selepas membuat tempahan di laman web BusOnlineTicket. Penumpang boleh pergi ke mana-mana kedai 7-11 di Lembah Klang untuk membuat pembayaran tunai apabila telah menempah tiket bas dari KL ke Pulau Pinang.


Jadual Bas dari KL ke Pulau Pinang