Bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu
Jadual Bas dari KL ke Kuala Terengganu >>

Bas dari KL ke Kuala Terengganu adalah salah satu laluan yang terkenal kerana Kuala Terengganu ialah pintu masuk untuk ke tempat peranginan terkenal iaitu Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Selain itu, bas dari KL ke Kuala Terengganu juga adalah pengangkutan yang digemari oleh warga tempatan yang perlu melakukan perjalanan di antara dua negeri tersebut.

Ketika tiba di terminal bas utama Kuala Terengganu, MBKT (Majlis Perbandaran Kuala Terengganu), pengembara dan pelancong dengan mudah dapat mengambil teksi ke jeti yang menyediakan perkhidmatan feri ke Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Sila maklum bahawa Jeti Shahbandar menyediakan perkhidmatan feri ke Pulau Redang, sementara Jeti Kuala Besut menyediakan perkhidmatan feri ke Pulau Perhentian.

Pengendali Bas, Tempoh, Harga dan Perhentian

Transnasional dan Plusliner adalah dua pengendali bas terkenal yang menyediakan perkhidmatan bas dari KL ke Kuala Terengganu. Warga tempatan gemar menaiki jenama bas ini kerana ketepatan masa dan kekerapan yang kerap oleh pengendali bas. Pengendali bas lain yang menyediakan perkhidmatan berkualiti adalah Ekspres Kesatuan yang menyediakan perjalanan harian dari KL ke Kuala Terengganu. Tambang bas dari KL ke Kuala Terengganu adalah di antara RM 40 ke RM 43. Tempoh perjalanan dari KL ke Kuala Terengganu adalah di antara 6 ke 7 jam bergantung kepada keadaan trafik. 1 waktu rehat tandas disediakan sepanjang perjalanan.

Tempat pelepasan untuk bas yang pergi ke Kuala Terengganu di Kuala Lumpur ialah di TBS, Terminal Bersepadu Selatan. Transnasional dan Plusliner berlepas dari terminal bas Putra (Hentian Putra). TBS berada di selatan pusat bandar. LRT terdekat ialah stesen LRT “Bandar Tasik Selatan” di Garisan Ampang. Tempat berlepas Ekpres Kesatuan adalah di terminal bas Pudu Sentral sebelum penutupan Pudu Sentral. Kini, tempat perlepasan Ekspres Kesatuan telah berpindah ke TBS.

Perkhidmatan bas yang unik dari KL ke Kuala Besut

Di pasaran, Ekspres Mahligai adalah satu-satunya pengendali bas yang menyediakan perkhidmatan bas dari KL ke Kuala Besut secara harian. Bagaimanapun, Ekspres Mahligai hanya menyediakan satu perjalanan harian pada pukul 9.30 malam yang berlepas dari TBS. Untuk pelancong yang ingin mengunjungi Pulau Perhentian, anda boleh memilih Ekspres Mahligai untuk memudahkan anda dari menyewa teksi dari terminal bas utama Kuala Terengganu ke Jeti Kuala Besut.

Tempahan secara online untuk bas dari KL ke Kuala Terengganu di laman web BusOnlineTicket.com yang mempunyai reputasi yang baik adalah mudah dan senang. Dengan menempah tiket bas dari KL ke Kuala Terengganu di BusOnlineTicket.com, dapat menyelamatkan anda dari kesulitan membeli tiket di terminal bas, terutamanya di Kuala Lumpur di mana trafik adalah sesak dan tempat meletak kenderaan adalah mahal. Untuk pengguna yang tidak memiliki kad kredit, BusOnlineTicket.com menyediakan pembayaran di luar talian di 7-Eleven Lembah Klang bagi memudahkan pelancong yang tidak mempunyai kad kredit.


Jadual Bas dari KL ke Kuala Terengganu