Jadual Bas dari Kuala Lumpur ke Kampar dan Tambang Bas
Pengusaha Bas |
Bas Pertama |
Bas Terakhir |
Bil. Perjalanan |
Tarikh Bertolak |
Tambang dari |
Edaran Express |
10:00 |
18:30 |
4 |
M T W T F S S |
RM 20.00 |
LA Holidays |
14:30 |
23:59 |
2 |
M T W T F S S |
RM 30.00 |
Bas dari Kuala Lumpur ke Kampar
Tambang Paling Murah | RM 20.00 |
Jarak | 179 km |
Anggaran Masa | 3 hrs 10 min |
Bil. Pengusaha Bas | 2 operators |
Pengusaha Bas Popular dari Kuala Lumpur ke Kampar
Panduan Bas dari Kuala Lumpur ke Kampar
Bas dari KL ke Kampar mempunyai perlepasan harian yang terhad dari Kuala Lumpur Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Itu kerana hanya 2 pengusaha bas yang menyediakan perkhidmatan ini. Edaran Ekspres dan Perak Transit adalah dua pengusaha bas dari KL ke Kampar.
Kereta Api vs Bas (Dari KL ke Kampar)
Semenjak pelancaran kereta api KTM ETS dari KL ke Kampar, ramai penumpang memilih untuk pergi ke Kampar dari KL melalui kereta api ETS. Namun, walaupun dengan 16 kali perlepasan kereta api, penumpang agak sukar untuk mendapatkan tiket kereta api dari Kuala Lumpur ke Kampar. Penumpang yang ingin pergi ke Kampar perlu bersaing, terutama pada hujung minggu dan musim perayaan, dengan penumpang lain yang ingin ke Batu Gajah, Ipoh dan Butterworth untuk tiket kereta api.
Oleh sebab itu, ramai lagi yang masih menaiki bas dari KL ke Kampar. Perkhidmatan bas masih kekal sebagai pilihan utama untuk bergerak dari Kuala Lumpur ke Kampar.
Tempoh, Harga Tiket dan Tempat Ketibaan
Tempoh untuk bas dari Kuala Lumpur ke Kampar mengambil masa 3 jam. Ia adalah bas sehala dari KL ke Kampar tanpa berhenti, kecuali perhentian ke tandas oleh permintaan penumpang. Harga tiket bas dari KL ke Kampar ialah RM 12.40.
Semua bas dari KL ke Kampar akan berhenti di Terminal Bas Kampar. Stesen ini berada di tengah-tengah pekan lama Kampar. Sila ambil peringatan bahawa sesiapa yang ingin ke Universiti Tunku Abdul Rahman, anda perlu menaiki teksi atau bas ke Bandar Baru Kampar. Bandar Baru Kampar adalah 10-15 minit dari Terminal Bas Kampar.
Selain penduduk Kampar, pelajar di Universiti Tunku Abdul Rahman dan keluarga mereka turut kerap berjalan dari KL ke Kampar. Oleh itu, permintaan perkhidmatan bas antara Kuala Lumpur ke Kampar adalah banyak. Penumpang dinasihatkan untuk menempah tiket bas online melalui BusOnlineTicket.com untuk mengelakkan sebarang kekecewaan.