Jadual Bas dari KL ke Dungun >>
Bas dari KL ke Dungun adalah pilihan pengangkutan yang bajet tetapi selesa untuk perjalanan antara Kuala Lumpur dan Dungun Terengganu bagi masyarakat tempatan. Jadual bas yang kerap sepanjang hari yang disediakan oleh Transnasional memudahkan masyarakat untuk ke dua-dua bandar ini. Selain daripada penduduk Dungun, banyak juga pelancong yang ke Dungun untuk bercuti di Tanjong Jara Resort.
Pengusaha Bas yang Menyediakan Bas dari KL ke Dungun
Plusliner, Transnasional dan Kesatuan Express adalah tiga jenama bas terkemuka yang mengoperasi bas dari KL ke Dungun. Transnasional adalah syarikat bas terbesar antara mereka dan mempunyai 8 perjalanan setiap hari dari Terminal Bersepadu Selatan ke Dungun. Manakala, Plusliner dan Ekspres Kesatuan pula mempunyai 2 perjalanan setiap hari dari Kuala Lumpur ke Dungun.
Ketiga-tiga syarikat bas ini juga mempunyai bas SVIP dengan tempat duduk yang luas untuk memastikan penumpang-penumpang mereka selesa semasa dalam perjalanan.
Tempoh Perjalanan, Harga Tiket Bas ke Dungun dan Perhentian
Tempoh perjalanan bagi bas dari KL ke Dungun mengambil masa dalam 5 jam, bergantung kepada keadaan trafik. Bas dari KL ke Dungun perlu melalui Lebuhraya Karak yang dikenali dengan keadaan trafiknya yang sesak menyebabkan perjalanan bas menjadi lebih lama. Apabila tiba, mereka yang ingin ke Tanjong Jara Resort memerlukan 15 minit perjalanan teksi lagi dari Stesen Bas Dungun.
Harga tiket bas dari KL ke Dungun adalah antara RM56-40 per tiket, bergantung kepada bas yang anda pilih. 1 kali perhentian diperuntukkan untuk berehat dan untuk ke tandas semasa perjalanan.
BusOnlineTicket.com menawarkan perkhidmatan tempahan tiket bas yang mudah secara online. Anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke stesen bas dan beratur untuk membeli tiket. Tempahan anda akan disahkan dengan kadar segera setelah pembayaran dibuat.