Jadual Bas dari KL ke Alor Setar >>
Bas dari KL ke Alor Setar kekal sebagai pilihan utama dalam kalangan penumpang walaupun mendapat saingan yang kuat dari perkhidmatan KTM ETS. Hal ini kerana jadual bas dari KL ke Alor Setar adalah sepanjang hari manakala KTM hanya mempunyai 4 yang boleh ditempah secara online di laman web BusOnlineTicket.com.
Pengusaha Bas Bagi Laluan KL ke Alor Setar
Intercity Coach, Ekspres Etika dan Transnasional adalah 3 jenama bas utama di pasaran yang memberi perkhidmatan bas dari KL ke Alor Setar. Perkhidmatan mereka lebih kurang sama kecuali Intercity Coach yang menggunakan bas jenis tinggi. Manakala, Ekspres Etika dan Transnasional menggunakan bas standard 27 tempat duduk.
Selain daripada 3 pengusaha bas utama ini, pengusaha bas lain seperti Hatyai Intertop, Kejora Express, Konsortium dan Plusliner juga mempunyai perkhidmatan bas ke Alor Setar dari KL.
Tempoh Perjalanan, Harga Tiket Bas ke Alor Setar dan Nota
Tempoh perjalanan bagi bas dari KL ke Alor Setar mengambil masa lebih kurang 6 jam bergantung kepada keadaan trafik. Bas bertolak dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan), dan ada yang akan melalui Stesen Bas Hentian Duta untuk mengambil penumpang. Sila maklum bahawa Stesen Bas Hentian Duta adalah terminal bas yang terletak di bahagian utara Kuala Lumpur.
Bas dari KL ke Alor Setar sekurang-kurangnya akan berhenti sekali di sepanjang lebuh raya untuk berehat dan pengurusan diri seperti ke tandas. Harga tiket bas dari KL ke Alor Setar adalah dari RM35 ke RM45 bergantung kepada bas yang dipilih. Semua bas dilengkapi dengan penghawa dingin dan tempat duduk boleh ubah bagi memastikan keselesaan penumpang dalam perjalanan ke Alor Setar.
Mengambil bas dari KL ke Alor Setar boleh menjadi suatu pengalaman yang menarik kerana anda dapat melihat pemandangan indah di bendang sawah padi di negeri Kedah. Perjalanan kini lebih mudah dengan menempah tiket bas online di BusOnlineTicket.com dan dapatkan pengesahan tempahan dalam tempoh 24 jam.