Bas dari Ipoh ke Singapura

Bas dari Ipoh ke Singapura

Jadual Bas dari Ipoh ke Singapura >>

Bas dari Ipoh ke Singapura telah menjadi pengangkutan utama sepanjang tahun. Sejak tahun 80-an, ramai penduduk Ipoh bekerja di Singapura. Perkhidmatan bas antara Ipoh dan Singapura menjadi pengangkutan penting untuk mereka pergi ke dua bandar tersebut.

Pengusaha Bas dari Ipoh ke Singapura

Grassland, Starcoach, Konsortium, Lapan Lapan, The One Travel adalah antara pengusaha bas dari Ipoh ke Singapura. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan pelanggan tetap.

Grassland adalah jenama pengusaha bas yang bertahan selama lebih 30 tahun yang berkhidmat dari Ipoh ke Singapura. Mereka menawarkan perkhidmatan berkualiti yang konsisten kepada penumpang supaya menikmati perjalanan yang selesa ke Singapura.

Tempoh, Harga Tiket, Perhentian dan Tempat Bertolak di Ipoh

Harga tiket bas dari Ipoh ke Singapura bermula dari SGD 33.00 setiap tiket bergantung kepada jenis dan jenama bas. Tempoh perjalanan untuk bas dari Ipoh ke Singapura adalah kira-kira 8-9 jam bergantung pada keadaan trafik. Sekurang-kurangnya 1 perhentian ke tandas akan disediakan.

Tempat bertolak di Ipoh sebelum ini adalah di Jalan Bendahara. Walaubagaimanapun, dengan pembukaan Terminal Bas Aman Jaya, pihak berkuasa telah memberhentikan tempat bertolak di Jalan Bendahara dan semua pengusaha bas diberi arahan rasmi untuk meneruskan perkhidmatan mereka di Terminal Bas Aman Jaya.

Terminal Bas Aman Jaya terletak di Jelapang iaitu 10-15 minit jarak memandu dari pusat bandar Ipoh. Teksi dan bas ulang-alik disediakan untuk penumpang dari pusat bandar Ipoh ke Terminal Bas Aman Jaya.

Mengambil bas dari Ipoh ke Singapura adalah mudah dan selesa. Kini, ianya lebih mudah dengan menempah tiket online di BusOnlineTicket.com dengan pengesahan segera. BusOnlineTicket.com telah menjadi portal tempahan tiket online yang diyakini dan dipercayai dalam kalangan pelanggan sepanjang tahun dengan menawarkan tempahan online untuk hampir keseluruhan perkhidmatan bas di Malaysia dan Singapura.


Jadual Bas dari Ipoh ke Singapura

Ubah Carian
Tapis Carian
Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian