Jadual Bas dari Ipoh ke Lumut >>
Bas dari Ipoh ke Lumut adalah perkhidmatan bas popular di Terminal Bas Aman Jaya. Ramai penduduk tempatan yang menggunakan perkhidmatan bas ini untuk pergi ke Ipoh dan Lumut. Selain itu, Lumut merupakan laluan masuk ke Pulau Pangkor, ramai pelancong mengambil bas dari Ipoh ke Lumut untuk mendapatkan feri ke Pulau Pangkor.
Pengusaha Bas dari Ipoh ke Lumut
Perak Transit, Arwana Express, S&S International Express dan Kesatuan Express adalah syarikat-syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan dari Ipoh ke Lumut. Bas pertama berkhidmat pada jam 11.30 pagi dan bas terakhir ialah pada 9.15 tengah malam. Terdapat pelbagai masa jadual perlepasan yang disediakan untuk ke Lumut.
Harga Tiket, Tempoh dan Perhentian
Harga tiket bas dari Ipoh ke Lumut ialah dari RM 7.50 – RM 10.00 setiap tiket. Tempoh perjalanan untuk bas dari Ipoh ke Lumut mengambil masa kira-kira 2 jam bergantung pada keadaan trafik.
Bas kebiasaanya akan pergi terus dari terminal ke terminal tanpa berhenti, melainkan terdapat permintaan dari penumpang untuk ke tandas.
Nota Khas Untuk Penumpang Yang Ingin ke Pulau Pangkor
Terminal Bas Aman Jaya adalah tempat perlepasan untuk bas dari Ipoh ke Lumut selepas penutupan Terminal Bas Medan Gopeng. Tempat ketibaan di Lumut ialah Terminal Bas Lumut yang bertentangan dengan Jeti Lumut. Penumpang boleh ke Pulau Pangkor dengan hanya menyeberang jalan untuk ke Jeti Lumut untuk menaiki feri.
BusOnlineTicket.com adalah portal tempahan tiket bas online dengan pengesahan segera. Pembayaran online boleh dilakukan melalui kredit kad atau perbankan internet. Untuk sesiapa yang ingin mendapatkan perkhidmatan feri ke Pulau Pangkor, lebih baik jika anda tempah tiket lebih awal supaya tidak terlepas feri.