Bas dari Ipoh ke Kuala Lumpur

Jadual Bas dari Ipoh ke Kuala Lumpur >>

Bas dari Ipoh ke KL adalah laluan bas yang paling kerap antara dua bandar tersebut. Bermula seawal 4.15 pagi sehingga 9 malam, terdapat bas yang bertolak ke Kuala Lumpur dari Ipoh hampir setiap 30 minit. Walaupun dengan adanya ETS disediakan oleh KTM, bas masih menjadi pengangkutan yang digemari oleh masyarakat kerana kekerapan jadualnya dan keselesaan bas.

Bagi pelancong yang bercadang untuk melawat Ipoh (Ipoh turut dikenali sebagai bandar yang berbukit di Malaysia) dan Gua Tempurung (gua popular di Ipoh) disarankan untuk mengambil bas kerana pelancong boleh melihat keindahan Gua Tempurung dan gunung-ganang dari bas sementara melalui kawasan berbukit di Lebuhraya Utara-Selatan.

Pengusaha Bas, Tempoh, Harga Tiket dan Perhentian

Plusliner, Konsortium dan Transnasional adalah pengusaha bas popular yang menyediakan perkhidmatan bas dari Ipoh ke KL. Penduduk awam lebih gemar dengan jenama ini kerana ketepatan masa dan jadual perlepasannya yang kerap. Syarikat bas lain yang berkualiti ialah Kesatuan Ekspres yang menyediakan 27 tempat duduk. Harga tiket bas dari Ipoh ke KL ialah RM 20.00 – RM 22.00 untuk setiap tiket bergantung pada jenis bas. Tempoh yang diperlukan untuk bas dari Ipoh ke KL ialah 2 jam bergantung pada keadaan trafik. Perhentian ke tandas disediakan sekiranya terdapat permintaan.

Tempat bertolak untuk ketiga-tiga pengusaha bas ini ialah Terminal Bas Aman Jaya, Ipoh. Terminal Bas Aman Jaya terletak 10 minit dari Pusat Bandar Ipoh. Teksi dan bas tempatan disediakan untuk penumpang dari Pusat Bandar Ipoh ke Terminal Bas Aman Jaya. Sila ambil perhatian bahawa pihak berkuasa telah menutup Terminal Bas Medan Gopeng sejak 2013. Mana-mana bas dilarang untuk mengambil penumpang di bandar Ipoh.

Tempat ketibaan di Kuala Lumpur ialah Terminal Bersepadu Selatan(TBS). TBS merupakan sebuah terminal bas yang baru dibuka pada 2011.

Mengambil bas dari Ipoh ke KL adalah mudah, fleksibel dan selesa. Kini, ianya lebih mudah dengan menempah tiket bas online dari Ipoh ke KL di BusOnlineTicket.com dengan pengesahan segera. Kadang kala, BusOnlineTicket.com menawarkan diskaun kepada mereka yang menempah tiket bas online dari Ipoh ke KL sebagai tanda penghargaan. Oleh itu, BusOnlineTicket.com merupakan portal tempahan tiket online yang dipercayai dan diyakini di kalangan pelanggan sepanjang tahun.


Jadual Bas dari Ipoh ke Kuala Lumpur