Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian

Jadual Bas dari Ipoh ke Cameron Highlands dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
C.S Travel & Tours 11:00 16:30 2 M T W T F S S  RM 25.00
Unititi Express 13:00 15:00 2 M T W T F S S  RM 25.00
Unititi Express X 08:20 17:20 4 M T W T F S S  RM 450.00
Bas dari Ipoh ke Cameron Highlands
Tambang Paling MurahRM25.00
Jarak103 km
Anggaran Masa2 hr 20 min
Bil. Pengusaha Bas3 operators

Pengusaha Bas Popular dari Ipoh ke Cameron Highlands

  • C.S Travel & Tours
  • Unititi Express
  • Unititi Express X

Panduan Bas dari Ipoh ke Cameron Highlands

Bas dari Ipoh ke Cameron Highlands

Bas dari Ipoh ke Cameron Highlands adalah laluan bas pelancongan popular. Penumpang kebiasaannya akan berada di Ipoh selama 2 hingga 3 hari sebelum mengambil bas ke Cameron Highlands untuk perjalanan seterusnya. Pastinya, masyarakat tempatan turut pergi ke bandar-bandar tersebut.

Pengusaha Bas, Jadual, Tempoh dan Harga Tiket

Perak Transit ialah pengusaha bas dari Ipoh ke Cameron Highlands. Kekerapan jadual mereka bermula seawal 8:00am hingga bas terakhir adalah pada 7:30pm. Harga tiket bas dari Ipoh ke KL adalah RM 18.50 untuk setiap tiket.

Tempoh perjalanan yang diperlukan untuk bas dari Ipoh ke Cameron Highlands ialah 1.5 - 2 jam bergantung pada keadaan trafik. Bas akan melalui jalan yang berliku penuh dengan pemandangan gunung tanpa henti. Penumpang yang mempunyai mabuk kenderaan juga dinasihatkan untuk mengambil tempat duduk di hadapan dengan membawa beg plastik dan ubat kerana jalan adalah berbukit dan berliku ke Cameron Highlands.

Stesen Bas Untuk Bas Bertolak dan Ketibaan

Tempat bertolak di Ipoh ialah Terminal Bas Aman Jaya, selepas penutupan Terminal Bas Medan Gopeng sejak 2013. Terminal Bas Aman Jaya terletak kira-kira 10 minit dari pusat bandar Ipoh. Teksi dan bas tempatan disediakan untuk penumpang dari bandar Ipoh ke Terminal Bas Aman Jaya.

Tempat ketibaan di Cameron Highlands ialah Terminal Bas Tanah Rata. Tanah Rata merupakan pengangkutan di Cameron Highlands dan mudah untuk anda mencari hotel, restoran, kafe, dan sebagainya. Untuk sesiapa yang ingin ke Brinchang, ianya adalah 2km jarak dari Tanah Rata. Sesetengah masyarakat akan berjalan dari Tanah Rata untuk ke Brinchang, terutama jika mereka tidak membawa beg bagasi.

Hubungan Antara Stesen KTM Ipoh dan Terminal Bas Aman Jaya

Stesen Bas Medan Kidd ialah terminal yang menyediakan perkhidmatan bas tempatan. Ia terletak bersebelahan dengan Stesen KTM Ipoh. Semasa tiba di Stesen KTM Ipoh, anda perlu berjalan kaki lebih kurang 500 meter untuk sampai ke Stesen Bas Medan Kidd di mana anda boleh mendapatkan bas untuk ke Terminal Bas Aman Jaya. Kos untuk mengambil bas tempatan tersebut adalah RM 2.00 sahaja.

Tempah tiket bas Perak Transit dari Ipoh ke Cameron Highlands sekarang di BusOnlineTicket.com. BusOnlineTicket.com menjadi portal yang diyakini dan dipercayai dalam kalangan pelanggan sepanjang tahun.