Jadual Bas dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur >>
Bas dari Cameron Highlands ke KL adalah salah satu laluan bas yang menghubungkan dua lokasi tarikan pelancong yang terkenal di Malaysia iaitu Kuala Lumpur dan Cameron Highlands. Ini adalah perkhidmatan bas ekspres terus dari Cameron Highlands ke KL. Syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan ini menggunakan reka bentuk bas moden. Bas yang disediakan mempunyai kerusi boleh laras dan penyaman udara. Di samping itu, ruang kaki yang luas dan kusyen tempat duduk yang tebal menjanjikan perjalanan yang selesa untuk penumpang semasa perjalanan yang bertempoh 4 jam itu.
Tempoh, Tambang, Perhentian dan Nota
Unititi Express dan CS Travel adalah syarikat bas yang menyediakan bas dari Cameron Highlands ke KL. Jadual bas biasanya bermula dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang, dengan selang 1 hingga 2 jam antara perjalanan. Tambang bas pula adalah RM 35.00 untuk setiap tiket.
Perjalanan bas dari Cameron Highlands ke KL adalah kira-kira 4 jam bergantung kepada keadaan trafik. Perhentian untuk ke tandas akan diperuntukan sekiranya terdapat permintaan dari penumpang semasa perjalanan.
Tempat perlepasan di Cameron Highlands terletak di Terminal Bas Tanah Rata. Walau bagaimanapun Unititi Express dan CS Travel juga mengambil penumpang dari pusat maklumat pelancongan masing-masing di Tanah Rata. Pusat maklumat pelancongan mereka terletak pada permulaan Jalan Utama Tanah Rata.
Tempat ketibaan di Kuala Lumpur adalah di Terminal Bas Pudu Sentral. CS Travel juga menurunkan penumpang di KL Sentral sebelum menamatkan perjalanan di TBS. TBS adalah hab pengangkutan bersepadu di Kuala Lumpur. Penumpang boleh menaiki LRT, KLIA Transit dan KTM untuk ke destinasi seterusnya.
Perjalanan 1 jam untuk turun dengan bas dari Cameron Highlands ke KL adalah antara perjalanan bas yang menarik dan indah yang boleh didapati di Malaysia. Penggemar alam semula jadi pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati pandangan ini semasa perjalanan dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur.
BusOnlineTicket.com adalah portal tiket popular yang menyediakan perkhidmatan tempahan tiket secara online bagi tiket bas Cameron ke KL dengan pengesahan segera dan pemilihan tempat duduk. Terdapat juga tiket bas untuk laluan lain berkaitan Cameron Highlands seperti KL ke Cameron Highlands, Cameron Highlands ke Pulau Pinang dan Pulau Pinang ke Cameron Highlands.