Jadual Bas dari Penang ke Malacca dan Tambang Bas
Pengusaha Bas |
Bas Pertama |
Bas Terakhir |
Bil. Perjalanan |
Tarikh Bertolak |
Tambang dari |
Billion Stars |
09:30 |
23:30 |
4 |
M T W T F S S |
RM 70.00 |
KKKL Express (Terus Nanti) |
09:00 |
21:00 |
4 |
M T W T F S S |
RM 55.00 |
KPB Ekspress |
09:45 |
21:45 |
2 |
M T W T F S S |
RM 65.00 |
Super Nice Express |
22:15 |
22:45 |
2 |
M T W T F S S |
RM 58.00 |
Bas dari Penang ke Malacca
Tambang Paling Murah | RM 55.00 |
Jarak | 499 km |
Anggaran Masa | 7 hrs 00 min |
Bil. Pengusaha Bas | 4 operators |
Pengusaha Bas Popular dari Penang ke Malacca
Panduan Bas dari Pulau Pinang ke Melaka
Bas dari Pulau Pinang ke Melaka adalah laluan kegemaran pelawat kerana perkhidmatan bas menghubungkan dua bandar raya Warisan Dunia UNESCO. Ketiadaaan lapangan terbang dan stesen kereta api di Melaka, menyebabkan satu-satunya jalan untuk perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka adalah menggunakan bas.
Tempoh, Tambang, Perhentian, dan Nota
Tambang bas untuk bas dari Pulau Pinang ke Melaka adalah lebih kurang RM 45.00-RM 50.00, dengan pengecualian musim perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Hari Raya Haji.
Jadual bas dari Pulau Pinang ke Melaka adalah pagi (sekitar 9:30am) atau malam (9:30pm-11:30pm). Tiada sebarang jadual di antara kedua-dua waktu tersebut. Tempoh bagi bas dari Pulau Pinang ke Melaka biasanya mengambil masa lebih kurang 6 jam, bergantung pada keadaan lalu lintas. Biasanya masa perjalanan pada siang hari dengan bas dari Pulau Pinang ke Melaka memakan masa lebih panjang sedikit disebabkan trafik lebih padat pada waktu siang di sepanjang perjalanan.
Kebanyakan bas menyediakan sekurang-kurangnya sekali untuk waktu rehat tandas sepanjang perjalanan. Jika waktu rehat tandas tambahan diperlukan, penumpang boleh memaklumkan kepada pemandu untuk perhentian tambahan.
Sila maklum bahawa semua bas berlepas dari terminal bas Sungai Nibong akan menamatkan perjalanan di terminal bas Sentral Melaka. Penumpang perlu mengambil teksi atau bas bandar untuk ke pusat bandar Melaka dari terminal bas Sentral Melaka.
Kelebihan mengambil Bas dari Pulau Pinang ke Melaka
Kebanyakan bas seperti Ekspres KKKL dan Express Season menyediakan khidmat bas tanpa henti dari Pulau Pinang ke Melaka di Kuala Lumpur. Dengan melalui Kuala Lumpur dapat memendekkan tempoh perjalanan, jika dibandingkan dengan bas yang menghentikan penumpang di Kuala Lumpur.
Jika terlepas bas tanpa henti dari Pulau Pinang ke Melaka, penumpang boleh menaiki bas dari Pulau Pinang ke Kl dan kemudian berpindah ke bas dari KL ke Melaka. Sila maklum bahawa bas dari Pulau Pinang ke KL menamatkan perjalanan di Pudu Sentral dan bas dari KL ke Melaka melalui Terminal Bersepadu Selatan. Maka, penumpang perlu mengambil LRT dari stesen Plaza Rakyat ke stesen Terminal Bersepadu Selatan untuk mendapatkan bas yang menghubungkan ke Melaka.
Kini penumpang boleh menempah tiket bas Pulau Pinang ke Melaka dengan BusOnlineTicket.com. BusOnlineTicket.com menerima Paypal, Visa dan kad kredit Master, serta perbankan internet melalui CIMB One Click, Maybank2u, Hong Leong Connect, RHB dan lain-lain untuk menempah tiket bas Pulau Pinang ke Melaka.