Jadual Bas dari Malacca ke KLIA or KLIA2 dan Tambang Bas
Pengusaha Bas |
Bas Pertama |
Bas Terakhir |
Bil. Perjalanan |
Tarikh Bertolak |
Tambang dari |
Starmart Express |
05:15 |
23:30 |
54 |
M T W T F S S |
RM 30.00 |
Transnasional |
05:15 |
23:45 |
30 |
M T W T F S S |
RM 30.00 |
Bas dari Malacca ke KLIA or KLIA2
Tambang Paling Murah | RM 30.00 |
Jarak | 137 km |
Anggaran Masa | - |
Bil. Pengusaha Bas | 2 operators |
Pengusaha Bas Popular dari Malacca ke KLIA or KLIA2
Panduan Bas dari Melaka ke KLIA/KLIA2
Bas dari Melaka ke KLIA dan bas dari Melaka ke KLIA2 adalah di antara perkhidmatan bas yang dicari-cari di Melaka Sentral dan Pusat Perubatan Mahkota. Perkhidmatan bas juga untuk warga Melaka yang akan keluar negara.
Melaka adalah tapak warisan sejarah UNESCO, maka beribu-ribu pelancong yang datang ke Malaysia akan pergi ke Melaka untuk melihat bangunan tinggalan sejarah. Setelah menghabiskan percutian di Melaka, bas dari Melaka ke KLIA atau bas dari Melaka ke KLIA2 adalah pengangkutan paling mudah dan ekonomi untuk sampai ke lapangan terbang dan berlepas ke negara asal mereka.
Pengendali Bas, Tempoh, Tambang dan Nota
Transnasional adalah satu-satunya pengendali perkhidmatan untuk perkhidmatan bas dari Melaka ke KLIA/KLIA2. Sejumlah 11 jadual perjalanan dalam sehari dari Melaka ke KLIA/KLIA2 dengan 7 daripadanya berlepas dari Melaka Sentral dan 4 yang selebihnya berlepas dari Pusat Perubatan Mahkota.
Perkhidmatan bas dari Melaka ke KLIA atau dari Melaka ke KLIA2 adalah mudah kerana penumpang tidak perlu pergi ke Kuala Lumpur dan berpindah ke perkhidmatan bas ulang alik kelapangan terbang KLIA atau KLIA2. Jadi walaupun tambang bas dari Melaka ke KLIA/KLIA2 adalah RM 24.10, yang merupakan dua kali ganda harga tiket dari Melaka ke KL, ia tidak menghalang orang ramai untuk mengambil perkhidmatan bas yang mudah ini iaitu dari Melaka ke KLIA atau KLIA2.
Tempoh perjalanan bas dari Melaka ke KL adalah lebih kurang di antara 2.5 ke 3 jam bergantung kepada keadaan trafik. Bas akan melakukan perjalanan tanpa henti dari Melaka Sentral atau Pusat Perubatan Mahkota ke KLIA/KLIA2 bergantung kepada pilihan jadual perjalanan. Penumpang yang mengejar penerbangan adalah dinasihatkan supaya memberi lebih banyak masa tambahan ketika perjalanan kerana keadaan trafik tidak dapat dianggarkan.
Disebabkan Transnasional adalah satu-satunya pengendali bas yang menyediakan perkhidmatan bas dari Melaka ke KLIA atau Melaka ke KLIA2, adalah dinasihatkan supaya menempah tiket secara dalam talian dengan lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan, terutamanya ketika musim pelancongan. BusOnlineTicket.com menerima kad kredit dari luar negara yang memudahkan pelancong asing yang datang ke Melaka untuk membuat tempahan.