Panduan Bas dari Kuala Lumpur ke Singapura

Bas dari Kuala Lumpur ke Singapura

Memilih bas untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura adalah pilihan yang terbaik. Ini boleh menjimatkan masa dan wang. Banyak bas yang menawarkan perjalanan di laluan ini dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat-syarikat bas terkemuka. Bas-bas ini juga adalah lapang dan selesa. Selain itu, banyak bas yang mempunyai kemudahan tambahan termasuk Wi-Fi percuma, meja untuk bekerja dan pilihan filem untuk ditonton sepanjang perjalanan. Ini menjadikan perjalanan anda selesa dan tidaklah terasa terlalu panjang.

PEMBELIAN TIKET BAS

Anda boleh membeli tiket secara langsung atau diatas talian. Harganya pula adalah berbeza-beza bergantung kepada kualiti bas yang dipilih dan ciri-cirinya. Terdapat juga bas dari KL ke Singapura yang bercirikan dua tingkat dan agak berbaloi untuk dipilih. Anda juga turut dinasihatkan untuk membeli tiket lebih awal khususnya untuk perjalanan pada musim cuti.

TEMPAT BERLEPAS

Bas dari KL ke Singapura berlepas di beberapa tempat. Terminal Bas Pudu Sentral dan Terminal Bersepadu Selatan adalah antara 2 lokasi utama. Terminal Bas Pudu Sentral adalah berdekatan dengan Chinatown. Apabila anda tiba di Singapura, banyak teksi boleh diambil untuk ke kawasan sekitar.

MENYEBERANG KE SINGAPURA

Sentiasa beringat bahawa untuk memasuki negara baru memerlukan anda untuk mengikut beberapa peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kastam negara tersebut. Peraturan untuk setiap negara pula adalah berbeza-beza. Sebagai contoh, anda dilarang untuk mengunyah gula-gula getah atau memakai topi dan cermin mata hitam di dalam kawasan imigresen. Pastikan semua dokumen pengenalan telah tersedia dan bagasi anda juga akan diperiksa sekiranya terdapat keperluan. Untuk makluman, semua jenis temabakau dan minumam beralkohol adalah tertakluk kepada cukai dan menjadi satu kesalahan sekiranya anda didapati menyeludup barangan ini.