Panduan Pembayaran Melalui AXS

AXS-1a-MY
AXS-1b
AXS-1c
Langkah 1 – Dapatkan Slip Pembayaran AXS

Pilih Kaedah Pembayaran AXS
Selepas anda isikan maklumat penumpang, anda akan diminta untuk memilih kaedah pembayaran. Sila pilih AXS seperti dalam gambar dan klik "Teruskan Kepada Pembayaran"

Medium Pembayaran
Anda akan dibawa ke Medium Pembayaran. Pilih AXS dan isikan maklumat anda. Kemudian, klik "Continue Payment" untuk meneruskan pembayaran.

Cetak Slip Pembayaran
Anda akan diberi slip pembayaran yang akan digunakan untuk membuat pembayaran di Kiosk AXS. Pilih "Print" untuk mencetak slip pembayaran. Anda harus membuat pembayaran dalam masa 24 jam selepas menerima Slip Pembayaran tersebut.

Langkah 2 – Pergi ke Stesen AXS

Pergi ke Stesen AXS.

Di Kiosk AXS, pilih "Service" kemudian pilih "1-2-3". Setelah anda sampai ke halaman "1-2-3 Service", sila sentuh butang "Continue".

Langkah 3 – Pilih Cara Pembayaran

Anda boleh pilih sama ada:
1. Pilih "Scan Barcode" dan imbas kod bar yang terdapat pada slip pembayaran, atau
2. "Enter Bill Reference Number" untuk masukkan nombor rujukan

Langkah 4 – Bayar dengan "DPay"

Semak dan pastikan anda membayar bil yang betul. Pilih "DPay" dan pilih jenis akaun untuk meneruskan pembayaran menggunakan kad debit.

Langkah 5 – Simpan Resit Pembayaran

Setelah pembayaran diterima, simpan resit AXS sebagai bukti pembayaran.

Emel pengesahan tempahan akan dihantar kepada anda dalam tempoh 24 jam setelah pembayaran diterima.

Jika anda tidak menerima e-mel pengesahan tempahan dalam masa 30 minit setelah pembayaran dibuat, sila hubungi kami melalui e-mel di sales@busonlineticket.com