Al Ameen Boat Service Di Antara Jeti Merang dan Pulau Lang Tengah

Al Ameen Boat Service Di Antara Jeti Merang dan Pulau Lang Tengah

Perkhidmatan Feri Di Antara Jeti Merang dan Pulau Lang Tengah

BusOnlineTicket.com tidak sabar ingin memberitahu kepada anda semua bahawa perkhidmatan bot Al Ameen Boat Service kini menawarkan perkhidmatan baru kepada semua pelanggan yang kami hargai. Perkhidmatan bot Al Ameen Boat Service adalah salah satu pengusaha bot terkenal yang berpusat di Terengganu yang menyediakan perkhidmatan bot berkelajuan tinggi.

Perkhidmatan baru yang disediakan oleh Al Ameen Boat Service adalah perkhidmatan bot di antara Jeti Merang dan Pulau Lang Tengah. Jadual bot dari Jeti Merang ke Pulau Lang Tengah adalah pada pukul 8 pagi, 10 pagi, 1 petang, dan 3 petang setiap hari. Manakala, jadual feri dari Pulau Lang Tengah ke Jeti Merang pula adalah pada pukul 9 pagi, 12 malam, dan 4 petang.

Perjalanan di antara Jeti Merang dan Pulau Lang Tengah mengambil masa kira-kira 45 minit. Sila ambil perhatian bahawa walaupun jadual feri adalah seperti yang disebutkan di atas, tetapi jadual mungkin berubah bergantung kepada keadaan laut. Harga tiket bot di antara Jeti Merang dan Lang Tengah adalah RM80.00 satu perjalanan.

Anda sedang merancang percutian singkat ke Pulau Lang Tengah? Tempah tiket bot Al Ameen Boat Service anda sekarang di BusOnlineTicket.com. Anda dinasihatkan untuk menempah tiket bot Al Ameen Boat Service terlebih dahulu terutamanya semasa musim puncak dan cuti sekolah untuk mengelakkan kekecewaan. Pengesahan tiket adalah segera di BusOnlineTicket.com.