Adam Express Menyediakan Perkhidmatan Bas Ekspres Antara Kuala Terengganu dan Tanjong Malim


Adam Express Menyediakan Perkhidmatan Bas Express Antara Kuala Terengganu dan Tanjong Malim

Kami sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua yang Adam Express telah menyertai BusOnlineTicket.com untuk menawarkan perkhidmatan online untuk tiket bas mereka. Semua orang kini boleh menyemak jadual bas yang sedia ada dan menempah tiket bas Adam Express dengan mudah sekarang di BusOnlineTicket.com. Melalui kerjasama antara BusOnlineTicket.com dan Adam Express, kami dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dengan lebih berkesan kepada pelanggan kami.

Adam Express dikendalikan oleh Meshah Travel & Tours Sdn. Bhd. Adam Express adalah perkhidmatan bas ekspres yang berpusat di Kuala Terengganu, Malaysia. Kesemua bas yang digunakan oleh Adam Express adalah bas satu tingkat dengan 30 tempat duduk.

Perkhidmatan bas popular yang disediakan oleh Adam Express adalah seperti berikut:

Tambang tiket bas antara Kuala Terengganu dan Tanjong Malim adalah dari RM55.00 satu perjalanan. Sila ambil perhatian bahawa Adam Express akan menurunkan penumpang di sepanjang perjalanan ke Tanjong Malim seperti di Bukit Beruntung dan Rawang. Tambang bas adalah berbeza-beza mengikut tempat penurunan anda.

Semak ketersediaan tiket bas Adam Express antara Kuala Terengganu dan Tanjong Malim sekarang di BusOnlineTicket.com. Oleh kerana tempat duduk yang terhad, anda disyorkan untuk menempah tiket bas anda terlebih dahulu terutamanya untuk perjalanan pada hujung minggu dan musim cuti. E-mel pengesahan tempahan akan dihantar kepada anda setelah pembayaran berjaya dilakukan.