Lokasi: Kamunting, Perak
Terminal Bas Kamunting
Terminal Bas Kamunting Raya, juga dikenali sebagai Terminal Bas Ekspress Kamunting Raya ialah sebuah terminal bas terbuka. Terminal bas tersebut terletak di Daerah Larut, Matang dan Selama Perak dan berkhidmat kepada masyarakat sebagai terminal utama di kawasan Kamunting. Pada masa ini, terdapat banyak pengusaha bas yang menggunakan Terminal Bas Kamunting Raya sebagai tempat berlepas dan ketibaan laluan bas mereka. Selain itu, pengguna juga boleh menaiki bas tempatan yang terdapat di terminal untuk pergi ke tempat dan pekan berhampiran.
Dimanakah lokasi Terminal Bas Kamunting?
Terminal Bas Kamunting Raya terletak berhampiran dengan Pasar Minggu Kamunting dan KFC Kamunting.
Lihat dalam Peta Google »
Laluan Bas Popular di Terminal Bas Kamunting
Penumpang boleh membeli tiket Terminal Bas Kamunting Raya secara dalam talian dan menempah untuk perjalanan dari atau ke Kamunting di BusOnlineTicket.com. Kami bekerjasama dengan pelbagai operator untuk menyediakan portal tempahan dalam talian yang paling komprehensif untuk pelanggan kami. Anda boleh menyemak jadual bas, bandingkan harga dan menempah tiket bas yang berlepas dari Terminal Bas Kamunting Raya dan banyak terminal dan lokasi bas lain di laman web kami.
Berikut ialah beberapa laluan bas Terminal Bas Kamunting Raya yang popular untuk tempahan dalam talian:
Laluan | Jadual | Harga Dari |
---|---|---|
Kamunting ke Kuala Lumpur | 06:30 – 22:45 | MYR 25.00 |
Kamunting ke Ipoh | 07:30 – 21:45 | MYR 10.00 |
Kamunting ke Butterworth | 07:30 – 19:30 | MYR 8.00 |
Kamunting ke Shah Alam | 09:40 – 22:45 | MYR 30.00 |
Kamunting ke Johor Bahru | 10:00 – 22:30 | MYR 60.00 |
Laluan | Jadual | Harga Dari |
---|---|---|
Kuala Lumpur ke Kamuting | 07:30 – 23:59 | MYR 27.00 |
Ipoh ke Kamuting | 02:00 – 23:31 | MYR 7.30 |
Butterworth ke Kamuting | 07:30 – 20:31 | MYR 8.00 |
Shah Alam ke Kamuting | 09:30 – 23:30 | MYR 30.00 |
Johor Bahru ke Kamuting | 00:34 – 23:59 | MYR 58.00 |
Semak jadual untuk tempahan bas dalam talian lain »
Bas Popular di Terminal Bas Kamunting Raya
Macam mana nak pergi Terminal Bas Kamunting?
Bagi pengembara yang ingin sampai ke terminal dari kawasan jiran, mereka boleh mempertimbangkan untuk menaiki bas awam iaitu Rapid Kamunting. Selain itu, perjalanan dari bandar Taiping ke terminal bas Kamunting dengan menaiki kereta, hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke destinasi. Selain itu, teksi dan GrabCar juga menjadi pilihan kaedah perjalanan.
Maklumat Terminal Bas Kamunting Raya
Kamunting Raya,
34600 Kamunting, Perak
Telefon : N/A
Kemudahan di Terminal Bas Kamunting Raya
Walaupun tidak banyak kemudahan di Terminal Bas Kamunting Raya, pengembara masih boleh mencari kemudahan asas termasuk tandas dan kaunter tiket di terminal bas. Selain itu, kawasan menunggu terlindung dan tempat duduk juga disediakan untuk pelancong berehat. Bagi mengisi kelaparan, pengembara boleh memilih untuk menjamu selera di gerai makan dan restoran seperti KFC Kamunting yang terletak di sekitar terminal bas.
Selain itu, penumpang juga boleh mendapatkan perkhidmatan teksi dan van di sebelah terminal. Perkhidmatan ini meningkatkan kemudahan penumpang untuk pergi ke destinasi seterusnya semasa ketibaan.
Kenapa Tempah Tiket Bas Kamunting Online?
- Tiada log masuk diperlukan untuk menempah
- Peroleh mata kesetiaan & tebus diskaun
- Pelbagai kaedah pembayaran selamat termasuk eWallet
- Portal tempahan dalam talian yang paling dipercayai
- Sehingga 200 pilihan operator
- Lebih daripada 8,000 laluan