Pakej Mudah & Percuma ke Genting Highlands


Genting Highlands

Jika anda sedang mencari-cari percutian yang sempurna, Genting Highlands patut menjadi destinasi pilihan anda tahun ini. Digelar bandar dosa di Timur, Genting Highlands adalah destinasi perjudian yang terbaik dan yang lebih menarik lagi, ia satu-satunya tempat yang dibolehkan berjudi di sisi undang-undang di Malaysia. Walaupun begitu, jangan bimbang, Genting Highlands juga mempunyai aktiviti-aktiviti untuk keluarga dan kanak-kanak, bermakna, perjudian bukanlah satu-satunya akiviti yang membuat pengunjung datang ke Genting Highlands.

Panduan Destinasi

Genting Highlands menjadi kebanggaan sebagai “mini” Las Vegas dan juga menajdi sebuah destinasi hiburan. Walaupun ia satu-satunya tempat perjudian yang dibolehkan di sisi undang-undang di Malaysia, Genting Highlands juga terkenal dengan tempat tempat menarik untuk kanak-kanak dan keluarga. Terdapat lebih daripada enam hotel di Genting Highlands dan pengunjung boleh memilih daripada lebih 10,000 pilihan bilik. Tarikan lain termasuk persembahan, tempat hiburan, 170 tempat makan dan lokasi membeli-belah dan lebih 50 permainan tunggangan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak.

Cuaca di Genting Highlands juga adalah nyaman dan menyenangkan kerana kedudukan tanah tinggi Genting Highlands di posisi altitud yang tinggi. Suhu turun naik antara 15 hingga 25 darjah Celcius, dengan rekod paling rendah pernah dicatat adalah 10 darjah Celcius. Daripada 19.2 juta pengunjung yang datang ke sini setiap tahun, banyak juga yang datang kerana cuacanya.

Sebenarnya, terdapat bas yang kerap ke Genting Highlands daripada pelbagai bandar di Malaysia. Untuk bergerak di sekitar Genting Highlands juga adalah mudah kerana semua tempat dihubungkan dengan eskalator, laluan penghubung dan terowong. Tambahan lagi, terdapat papan tanda di mana-mana untuk memastikan anda tidak sesat.

Ke bahagian utama, Genting Highlands adalah pusat kasino utama di Malaysia. Kasino-kasino di sini dibuka 24 jam sehari dan memeberi perkhidmatan kepada semua orang kecuali yang beragama Islam atau yang berumur 21 tahun. Beberapa kasino juga mempunyai kod pakaian, tetapi, kadang-kadang terdapat pengecualian. Permainan yang biasa dimain termasuk Baccarat, Poker, Roullete dan permainan Cina seperti Gow Pai dan Tai Sai. Mesin slot juga disediakan, walau bagimanapun, anda perlu mendaftar dengan program WorldCard Genting Highlands untuk mengaksesnya. Kasino terkenal termasuk Kasino StarWorld, Kasino Monte Carlo dan Kasino Hollywood.

Rancang percutian anda dan tempah Pakej Mudah & Percuma ke Genting Highlands sekarang!