Bas dari Johor Bahru ke Shah Alam

Bas dari Johor Bahru ke Shah Alam

Jadual Bas dari Johor Bahru ke Shah Alam >>

Bas dari Johor Bahru ke Shah Alam semakin popular kerana perkhidmatan bas ini adalah perkhidmatan bas secara terus. Dulu, penumpang yang ingin ke Shah Alam perlu mengambil bas dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dan kemudiannya bertukar kepada bas bandar untuk ke Shah Alam. Dengan perkhidmatan bas terus dari Johor Bahru ke Shah Alam, penumpang sekarang dapat menjimatkan masa daripada transit di KL.

Pengusaha Bas yang Menawarkan Perkhidmatan Bas dari Johor Bahru ke Shah Alam?

Terdapat beberapa pengusaha bas yang membekalkan perkhidmatan bas dari Johor Bahru ke Shah Alam. CityHoliday Express dan Kwok Ping adalah pengusaha bas terbesar yang mempunyai jadual perjalanan bas yang kerap bagi bas dari Johor Bahru ke Shah Alam.

Selain itu, Maju Express, Eagle Express dan Causeway Link adalah pengusaha bas popular yang lain, tetapi tidak mempunyai jadual perjalanan bas dari Johor Bahru ke Shah Alam sekerap CityHoliday Express dan Kwok Ping.

Kwok Ping di bawah pengurusan ejen JB Transliner menawarkan tempat naik bas tambahan selain Terminal Bas Larkin. Penumpang bas Kwok Ping juga boleh menaiki bas dari terminal bas lain yang ada di sekitar Johor Bahru iaitu Terminal Bas Johor Jaya dan Terminal Bas Tun Aminah. Tempah naik bas tambahan ini memberikan kemudahan kepada penumpang mereka.

Tempoh Perjalanan Bas, Harga Tiket Bas, Perhentian dan Tempat Ketibaan

Tempoh perjalanan bas dari Johor Bahru ke Shah Alam mengambil masa dalam 4 jam dengan 1 kali berhenti untuk ke tandas. Harga tiket bas dari Johor Bahru ke Shah Alam adalah sekitar RM37-42. Pada musim perayaan seperti Tahun Baru Cina atau Hari Raya, harga tiket bas kebiasaannya akan meningkat sedikit.

Kesemua bas dari Johor Bahru ke Shah Alam berhenti di Terminal Bas Shah Alam terletak di Seksyen 13 Shah Alam.

Menempah tiket bas JB ke Shah Alam di BusOnlineTicket.com adalah mudah dan selamat. Asalkan anda mempunyai internet, anda boleh menempah tiket bas di mana-mana sahaja. Bukan setakat tiket bas dari Johor Bahru ke Shah Alam, tiket bas lain di Malaysia juga ada.


Jadual Bas dari Johor Bahru ke Shah Alam

Ubah Carian
Tapis Carian
Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian


Perjalanan Popular dari Johor Bahru