img-bg

Terminal Bas Hentian Duta

Tempah Tiket Bas Online

Hentian Duta Bus Terminal

MAKLUMAT AM

Terminal Bas Hentian Duta terutamanya digunakan oleh penumpang yang ingin menaiki bas ekspres ke utara Malaysia. Pilihan ini adalah ideal bagi mereka yang ingin mengelakkan kesesakan trafik di bandar. Terminal bas ini juga adalah tempat bagi bas ekspres menurunkan penumpang dari utara.

Terminal bas Hentian Duta terletak di Jalan Duta berhadapan dengan Masjid Wilayah Persekutuan dan berhampiran dengan Stadium Hoki Tun Razak. Cara terbaik untuk ke Hentian Duta adalah dengan menaiki teksi kerana tiada akses kepada stesen LRT.

PERUNTUKAN MASA

Masa perjalanan dianggarkan lebih lama pada waktu pagi dan waktu puncak. Selain itu, kelewatan perjalanan biasanya akan berlaku pada musim hujan kerana jalan raya akan banjir dengan cepat. Di kawasan bandar, kesesakan lalu lintas berlaku kerana infrastruktur yang ada tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang menggunakannya. Tambahan lagi, dua lorong sempit yang berliku juga menyukarkan lagi perjalanan.

Pemandu bas mengetahui tentang kesulitan ini, tetapi penumpang bas juga harus mengetahui tentang perkara ini agar mereka dapat menyusun atur perjalanan dengan lebih berhati-hati.

KEMUDAHAN

Terminal Bas Hentian Duta terletak di Lebuhraya Baru lembah Klang maka perjalanan adalah lancar dan cepat ke bahagian utara seperti Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Kedah. Kemudahan yang terdapat di Terminal Bas Hentian Duta termasuk tandas, gerai makanan dan kemudahan tempat letak kenderaan serta tempat platform menaiki bas, kaunter tiket dan tempat menunggu teksi. Stesen kereta api terdekat terletak dua batu dari terminal.

TIPS KESELAMATAN

  • Hadkan jumlah wang tunai di tangan
  • Jangan tinggalkan bagasi tanpa pengawasan
  • Berhati-hati dengan penyeluk saku
  • Berpakaian sederhana dan tidak memakai perhiasan yang berlebihan
  • Tinggalkan kad kredit yang tidak perlu di rumah
  • Tinggalkan salinan pasport dan dokumen penting yang lain dengan keluarga sebelum berlepas