Bagaimanakah Cara Untuk Membuat Penjadualan Semula?

Penjadualan semula tempahan anda hanya boleh dilakukan melalui Panel Ahli. Sila pastikan anda sudah mengaktifkan akaun keahlian anda melalui e-mel sebelum ini. Jika akaun anda masih belum diaktifkan, sila semak e-mel anda dan aktifkan akaun anda atau hubungi kami melalui e-mel sales@busonlineticket.com supaya kami dapat menghantar semula e-mel pengaktifan akaun kepada anda.

Langkah 1 – Tempahan Yang Boleh Dijadual Semula

Sila pastikan perjalanan bas tersebut boleh dijadualkan semula dengan melihat ikon “Reschedulable” di Halaman Tempahan apabila anda membuat tempahan anda.

 

Langkah 2 – Log Masuk ke Akaun Ahli

Log masuk ke Akaun Ahli BusOnlineTicket.com. Pilih perjalanan yang boleh dijadual semula dengan mengklik butang “Manage” (Uruskan).

 

Langkah 3 – Penjadualan Semula Tempahan

Jika perjalanan bas boleh dijadualkan semula, anda akan melihat pilihan “Reschedule Booking” (Jadual Semula Tempahan). Klik “Reschedule Booking” jika anda mahu menjadualkan semula tempahan anda.

 

Langkah 4 – Pilih Tarikh Baru

Anda boleh rujuk butiran tempahan anda dan membuat penjadualan semula dengan mengklik “Select New Date” (Pilih Tarikh Baru) untuk memilih tarikh yang anda mahukan.

Nota: Penjadualan semula hanya dibenarkan dengan pengusaha bas yang sama sahaja.

 

Langkah 5 – Pilih Perjalanan yang Baru

Jadual bas oleh pengusaha bas yang sama akan dipaparkan dan anda boleh memilih perjalanan bas yang baru dengan mengklik butang “Select” (Pilih).

 

Langkah 6 – Pengesahan Penjadualan Semula & Pembayaran

Semak semula butiran perjalanan yang ingin dijadual semula. Pengusaha bas yang berbeza mempunyai Polisi Penjadualan Semula dan Yuran Penjadualan Semula yang berbeza. Baca polisi tersebut dengan teliti. Setelah yakin dengan pilihan anda, pilih kaedah pembayaran dan klik butang “Proceed to Payment” (Teruskan dengan Pembayaran) untuk membuat pembayaran.

Nota: Caj tambahan mungkin akan dikenakan jika harga tiket asal adalah lebih murah berbanding harga tiket yang baru.

 

Langkah 7 – E-mel Pemberitahuan Penjadualan Semula & E-mel Pengesahan Tempahan Baru

Setelah tempahan anda telah berjaya dijadualkan semula, anda akan menerima e-mel untuk memberitahu anda berkenaan dengan perubahan jadual yang telah anda lakukan. Anda juga akan menerima e-mel pengesahan tempahan yang baru untuk digunakan semasa daftar masuk atau menaiki bas.